• Pasukan England berhak mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 setelah mengalahkan pasukan Sweden 2-0 pada perlawanan suku akhir di Samara Arena, malam tadi. Dua gol kemenangan England dijaringkan oleh Harry Maguire pada minit ke-30 dan Dele Alli (58′). Kedua gol The Three Lions ini dilakar menerusi tandukan.

    Calon lawan England di separuh akhir akan ditentukan dalam perlawanan antara pasukan Rusia menentang Croatia pada pagi nanti. England layak menang dalam perlawanan ini kerana bermain lebih efektif dan mampu memaksimumkan peluang yang terhidang. England membuat dua tendangan yang mengenai sasaran dan semuanya menghasilkan gol.

    Sementara itu, Sweden yang memilki empat peluang, selalu gagal mencetak gol kerana ketumpulan untuk penyudah ke pintu gol lawan. Tidak hanya itu, penampilan penjaga gol England, Jordan Pickford juga menjadi penghalang bagi Sweden untuk menjaringkan gol. Nyata, Pickford melakukan tiga halangan yang diserang oleh pasukan Sweden dalam perlawanan ini.

    England yang terus menekan pada separuh masa pertama baru boleh menjaringkan gol pada minit ke-30 melalui gol Harry Maguire. Memanfaatkan tendangan sudut, Maguire menanduk masuk bola daripada Ashley Young dan merobek  pintu gol Robin Olsen. Ini adalah gol pertama Maguire bagi dalam pasukan England. Keputusan 1-0 untuk England bertahan hingga separuh masa pertama habis.

    Memasuki separuh masa kedua, Sweden mengambil inisiatif menyerang terlebih dahulu untuk mencari gol penyamaan. Baru dua minit separuh masa kedua bermula, Sweden mendapat peluang emas melalui Marcus Berg. Tandukan keras Berg ditepis oleh Jordan Pickford.

    Pada minit ke-58, Sweden dikejutkan oleh gol kedua England oleh Dele Alli. Umpan Jesse Lingard ke tiang jauh dari sisi kanan, mengarah ke Alli yang telah melepasi kawalan pemain Sweden. Dengan mudah Alli menanduk bola untuk mengubah keputusan menjadi 2-0.

    Berselang tiga minit, Pickford kembali melakukan aksi cemerlang. Penjaga gol Everton ini mampu menepis tendangan mendatar Viktor Claesson. Tertinggal dua gol, jurulatih Sweden, Janne Andersson , memasukkan pemain sayap, Martin Olsson dan penyerang John Guidetti untuk memberikan ketajaman di bahagian serangan pada minit ke-65.

    Pada minit ke-71, Pickford sekali lagi melakukan tugas buat ketiga kalinya dengan cemerlang setelah menggagalkan tendangan kencang Marcus Berg dari dalam kotak penalti. Tidak ada gol tambahan yang dihasilkan, keputusan 2-0 untuk England kekal sehingga wisel panjang dibunyikan sekaligus menempah tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018.

    Sumber: Kompas.com

    Dapatkan Phone Case Jersi Piala Dunia 2018 Made by BlankCo Di sini. Jangan lupa untuk masukkan kod INIKANBOLA untuk dapatkan diskaun 10% (Klik Gambar Di Bawah Ini)

    Nota: Setiap pembelian anda di BlankCo dengan menggunakan kod INIKANBOLA, kami akan mendapat sebahagian dari hasil penjualan itu. Ayuh, teruskan menyokong kami!

    BACA JUGA: [Piala Dunia] Sumpahan Nombor 8 England Selalu Gagal Dalam Penalti

    Leave a comment

    Your email address will not be published.