• Penyerang Perancis Kylian Mbappe akan mendermakan bonus Piala Dunianya kepada badan amal setelah pasukan Perancis berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia Rusia 2018.

    Mbappe, 19, adalah penaung kepada Persatuan Premiers de Cordée, sebuah badan amal yang membantu kanak-kanak kurang upaya bermain sukan.

    Penyerang itu akan mendermakan sekitar € 20,000 untuk setiap perlawanan setelah menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis mengalahkan Argentina 4-3 untuk maju ke peringkat lapan pasukan terakhir di Piala Dunia. Dia menjadi pemain remaja pertama untuk menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam satu perlawanan Piala Dunia sejak Pele melakukannya menentang Sweden pada Piala Dunia tahun 1958.

    “Rombongan pemain dan keluarganya memberitahu kami akan keinginannya itu beberapa hari lalu,” kata Sebastian Ruffin, ketua pengarah Premiers de Cordée.

    “Kami tidak mahu berbincang lebih jauh daripada itu, kerana bonus itu hanya akan dibayar jika Perancis melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Walupun begitu, kami amat tersentuh dengan kesudian Kylian itu. Ini adalah sesuatu yang sangat bersifat peribadi – kami tidak pernah meminta bantuan kewangan daripada duta-duta kami.

    “Ia agak pramatang untuk membincangkan tentang apa yang mungkin kita belanjakan dengan wang itu. Walau bagaimanapun, kita akan tahu lebih banyak lagi apabila ia disahkan terjadi.

    “Kylian adalah seorang yang hebat. Apabila ada kelapangan dalam jadualnya, dia suka melibatkan diri dengan kami. Dia memberi layanan yang sangat baik kepada kanak-kanak kami dan sentiasa mencari kata-kata yang tepat untuk menggalakkan mereka. Kadang-kadang saya merasa dia suka bermain dengan kanak-kanak lebih daripada kanak-kanak itu sendiri! ”

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: Orang Muda Perancis Tunjuk Argentina Cara Ber-“Tango”!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.