• Pasukan England disebut sebagai kumpulan anak manja. Pendapat itu dilontarkan oleh lagenda pasukan Sweden, Hakan Mild. “Mereka fikir pasukan England bagus, tetapi kenyataannya tidak,” kata Hakan Mild seperti yang diambil dari The Independent, pada Rabu semalam.

    “Mereka adalah anak manja yang menghasilkn banyak duit. Mereka tidak memiliki kemampuan mengambil keputusan baik,” kata bekas pemain yang membantu Sweden di peringkat ketiga Piala Dunia 1994. Ucapan Mild itu menimbulkan ‘perang’ mental kepada kedua-dua pasukan di peringkat suku akhir Piala Dunia 2018. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada hari Sabtu ini (7/7/2018).

    Sweden mampu mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan pasukan Switzerland dengan kemenangan tipis 1-0 pada peringkat sebelum ini. Beberapa jam selepas itu, England mara ke suku akhir setelah mengalahkan Colombia 4-3 menerusi sepakan penalti setelah dalam 120 minit bermain seimbang 1-1.

    Perlawanan antara pasukan England dan Sweden diramal akan berlangsung dalam keadaan yang agak tegang. Permainan pantas yang dipamerkan pasukan England akan diuji dengan kedisiplinan para pemain Sweden pada Sabtu ini. Walau apa pun, semoga berjaya untuk kedua-dua pasukan.

    Sumber: Bolasport, Kompas

    Baca Juga: [Piala Dunia] Sudah Tiba Masanya England Julang Piala Dunia!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.