• Pada awal kejohanan, banyak ramalan dibuat mengenai pasukan yang layak ke pusingan kalah mati. Nampaknya Semua ramalan pastinya salah kerana terdapat kejutan besar dalam peringkat kumpulan, iaitu tersingkirnya pasukan juara bertahan Jerman dari kejohanan. Jose Mourinho, jurulatih Manchester United, juga tidak lari dari membuat ramalan yang tidak tepat apabila beliau gagal meramalkan penyingkiran Jerman di peringkat kumpulan Piala Dunia. Jurulatih yang berasal dari Portugal itu, sebelum ini meramalkan Jerman akan menjadi pemenang kumpulan F, diikuti oleh Mexico. Namun hakikatnya Sweden telah muncul juara Kumpulan F, diikuti oleh Mexico di tempat kedua.

    Bukan itu sahaja, jurulatih Manchester United itu juga telah tersilap meramalkan Australia, Nigeria, Senegal dan Poland akan layak ke peringkat kalah mati. Tetapi ada ramalannya yang tepat seperti dia meramalkan Rusia akan layak ke peringkat kalah mati, yang pada mulanya meragukan ramai orang, serta kejayaan Switzerland untuk layak dari peringkat kumpulan.

    Berikut adalah senarai pasukan-pasukan yang layak mengikut kumpulan berbanding ramalan Mourinho.

    Kumpulan A: Uruguay juara kumpulan, Rusia di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Uruguay juara kumpulan, Rusia di tempat kedua.

    Kumpulan B: Sepanyol juara kumpulan, Portugal di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Sepanyol juara kumpulan, Portugal di tempat kedua.

    Kumpulan C: Prancis juara kumpulan, Denmark di tempat Mexico di tempat kedua..
    Prediksi Mourinho: Perancis juara kumpulan, Australia di tempat kedua.

    Kumpulan D:  Croatia juara kumpulan, Argentina di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Argentina juara kumpulan, Nigeria di tempat kedua.

    Kumpulan E: Brazil juara kumpulan, Swiss di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Brazil juara kumpulan, Swiss di tempat kedua.

    Kumpulan F: Sweden juara kumpulan, Mexico di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Jerman juara kumpulan, Mexico di tempat kedua.

    Kumpulan G: Belgium juara kumpulan, England di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: England juara kumpulan, Belgium di tempat kedua. (sekurang-kurangnya kedua-dua pasukan ramalannya layak)

    Kumpulan H: Colombia juara kumpulan, Jepun di tempat kedua.
    Prediksi Mourinho: Senegal juara kumpulan, Poland di tempat kedua.

    Daripada senarai di atas nampak gayanya ramalan “the special one” 50% yang betul. Nama pun ramalan, jarang seorang manusia yang boleh membuat ramalan yang 100% tepat pada setiap masa, mungkin tiada manusia yang boleh. Jadi anda buatlah keputusan sendiri sama ada ramalan Jose yang akan datang boleh pakai ke tidak.

    ANDA MUNGKIN BERMINAT: 

    Beberapa perkara peringkat kumpulan termasuk kegilaan Maradona dan magis Ronaldo

    Siapa Pilihan Alexis Sanchez untuk “Kasut Emas”?

    Eden Hazard Gembira Messi Dan Ronaldo Sudah Tiada!

    Apakah Sebab Banyak “Upset” Di Rusia?

    Tahyul di Piala Dunia – Suratan dan Kebetulan atau Sejarah Mungkin Berulang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.