• Setelah saingan Liga Super dan Perdana menuju ke penghujungnya, tumpuan peminat bola sepak negara kini terarah kepada saingan Piala Malaysia. Setelah 10 pasukan Liga Super dan 5 pasukan Liga Perdana mengesahkan tempat, kini satu lagi slot menjadi rebutan dua pasukan iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan.

    Berikut adalah pasukan yang telah mengesahkan tempat dalam saingan Piala Malaysia 2018.

    Sumber Gambar: MFL

    Kelantan dan Negeri Sembilan sudahpun tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan. Akan tetapi, mereka masih lagi boleh layak beraksi di saingan Piala Malaysia bagi mengubati kekecewaan musim ini. Kedua-dua pasukanketika ini berkongsi mata dengan kutipan 15 mata dan mereka masih lagi berpeluang untuk menamatkan saingan di tangga kesebelas sekaligus mara ke saingan Piala Malaysia edisi 2018.

    Pada perlawanan terakhir Liga, kedua-dua pasukan wajib untuk mencatat kemenangan bagi memastikan slot Piala Malaysia 2018 menjadi milik mereka. Kelantan akan menentang pasukan Pahang manakala Negeri Sembilan akan menghadapi pasukan Melaka United dalam perlawanan Naning Derby.

    Menurut laporan Goal.com, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos mahu pasukan bimbingannya untuk merebut slot ke Piala Malaysa tersebut sebagai satu penghargaan kepada peminat yang setia berada di belakang pasukan pada musim ini.

    Jurulatih dari Portugal ini mahu Negeri Sembilan menewaskan Melaka United di Paroi sekaligus mengesahkan tempat mereka dalam saingan Piala Malaysia edisi kali ini.

    Jika kita melihat kepada carta Liga Super setakat ini, Negeri Sembilan mempunyai kelebihan ke atas Kelantan berdasarkan perbezaan jaringan yang lebih memihak kepada Negeri Sembilan. Akan tetapi, segalanya boleh berlaku pada perlawanan terakhir Liga.

    Negeri Sembilan boleh kehilangan kedudukan kesebelas kepada pasukan Kelantan sekiranya mereka tewas atau seri dan Kelantan berjaya menewaskan pasukan Pahang. Jadi penting untuk Negeri Sembilan menewaskan Melaka pada Sabtu.

    Apa pendapat anda mengenai satu slot Piala Malaysia 2018 yang menjadi rebutan antara pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ? Pasukan manakah yang akan mendapatkan slot tersebut seterusnya beraksi di kejohanan tertua di Asia Tenggara ini ?

    Baca Juga: Berapa Ramai Pemain Yang Kita Perlukan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.