• Bekas ketua jurulatih Negeri Sembilan dan Kedah, Azraai Khor Abdullah menghormati kesediaan ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel untuk melepaskan tiga pemain beliau iaitu Khatul Anuar Md Jalil, Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak untuk menyertai skuad bawah 23 tahun negara bagi tugasa Sukan Asia 2018.

    Menurut Azraai, jurulatih tempatan yang lain seharusnya berasa malu kepada ketua jurulatih Kuala Lumpur ini kerana beliau lebih patriotik berbanding jurulatih tempatan yang lain.

    Meskipun Fabio bukan rakyat Malaysia dan hanya makan gaji di negara ini, tetapi beliau sanggup mengetepikan kepentingan pasukan dan memberi keutamaan kepada tugasan pasukan bawah 23 tahun Malaysia di temasya Sukan Asia yang akan bermula Ogos ini.

    Tambah Azraai, jurulatih seperti Maciel adalah seorang jurulatih yang benar-benar berjiwa bola sepak kerana beliau tahu bagaimana mahu meletakkan sukan itu di tempatnya dan apakah yang mesti di dahulukan

    Jurulatih dari Brazil ini membenarkan tiga pemain beliau untuk menyertai skuad bawah 23 tahun negara beraksi di Sukan Asia 2018 walaupun Kuala Lumpur turut memerlukan khidmat mereka untuk mengharungi pertandingan Piala Malaysia yang bertembung dengan jadual Sukan Asia.

    Selain Kuala Lumpur, Johor Darul Ta’zim, Johor Darul Ta’zim II dan PKNS FC turut membenarkan pemain mereka untuk menyertai skuad kebangsaan.

    Isu pelepasan kembali menjadi igauan ngeri Datuk Ong Kim Swee kerana sebelum ini, beliau pernah menghadapi masalah sama ketika mahu mengumpulkan pemain bagi menghadapi kempen kelayakkan AFC Bawah 23 Tahun di Bangkok tahun lalu.

    Akhir sekali, Azraai turut membidas sikap segelintir jurulatih yang tidak mahu melepaskan pemain mereka dan kemudiannya merungut apabila pasukan negara tidak beraksi dengan baik dalam sesebuah kejohanan antarabangsa.

    Azraai berpendapat mereka yang hanya mementingkan diri sendiri tidak patut berada dalam dunia bola sepak Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azraai ada benarnya kerana Sukan Asia mempertaruhkan maruah negara dan juga menjadi pentas buat para pemain untuk menarik perhatian kelab ternama di rantau Asia.

    Baca Juga: “FAM Aakan Cari Solusi” Stuart Ramalinggam

    Leave a comment

    Your email address will not be published.