• Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) telah melancarkan satu tabung khas untuk mengutip derma bagi menyelesaikan kemelut kewangan yang sedang melanda pasukan ketika ini.

    Pengumuman mengenai tabung khas ini telah dibuat menerusi laman rasmi pasukan Perlis di media sosial Facebook mereka.

    Dikhabarkan, kemelut kewangan yang melanda pasukan Perlis ketika ini sangat kritikal sehinggakan kali terakhir para pemain Perlis menerima gaji ialah pada empat bulan yang lalu.

    Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan mencadangkan supaya pasukan bola sepak Perlis dibubarkan buat sementara waktu bagi menyelesaikan masalh yang sedang dihadapi oleh persatuan tersebut.

    Untuk mengeruhkan lagi keadaan, laman rasmi media sosial Perlis juga membuat undian sama ada pasukan bola sepak Perlis patut dibubarkan ataupun tidak.

    Perkara ini menunjukkan betapa seriusnya masalah yang dihadapi oleh pasukan yang satu ketika dahulu menjadi antara pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia. Bahkan sampai saat ini, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) masih lagi tidak mempunyai presiden.

    Apa yang pasti, diharap ada pihak yang sudi untuk membantu dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi agar pasukan bola sepak Perlis tidak terkubur sekaligus hilang daripada saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.

    Kami juga menyeru kepada semua penyokong tegar pasukan Perlis agar membantu dengan menyumbang kepada tabung khas yang telah disediakan agar beban persatuan boleh diringankan sedikit.

    Apa pendapat anda mengenai tabung yang diwujudkan oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang bertujuan mengutip derma daripada para peminat dan pihak luar bagi meringankan beban yang ditanggung persatuan ketika ini ?

    Adakah pembukaan tabung ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ?

    Baca Juga: Perlis Bakal Dibubarkan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.