• Pasukan Terengganu FC kembali berpeluang untuk beraksi di peringkat Asia apabila menewaskan pasukan Kelantan dengan keputusan 2-1 semalam. Dengan kemenangan ini, Terengganu kini menyertai perlumbaan diantara pasukan Pahang dan Perak untuk merebut kedudukan kedua dalam carta Liga Super.

    Pada perlawanan semalam, Terengganu nyata pasukan yang lebih dominan apabila mereka menguasai perlawanan dari minit pertama lagi. Usaha mereka dengan memberi tekanan terhadap benteng pertahanan Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila ketua pasukan, Kipre Tchetche membuka tirai jaringan seminit sebelum separuh masa pertama tamat.

    Memasuki separuh masa kedua, Kamal Azizi menggandakan kelebihan Terengganu apabila pemain pertahanan kanan ini menjaringkan gol pada minit ke-54 sekaligus memberikan tiga mata penuh buat Terengganu dan menghantar pasukan Kelantan ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Bagi melayakkan pasukan bimbingan Irfan Bakti ini ke peringkat kelayakkan Asia Champions League musim hadapan, mereka wajib menang pada perlawanan terakhir Liga dan mengharapkan Perak dan Pahang tewas kepada lawan masing-masing.

    Terengganu FC akan menentang pasukan Selangor di Cheras manakala Perak akan berhadapan dengan pasukan PKNS FC di Shah Alam dan Pahang akan menentang pasukan Kelantan di Kota Bharu. Jadi, penting untuk Terengganu menewaskan Selangor sekaligus mempunyai peluang untuk ke peringkat Asia musim hadapan.

    Meskipun mengalami prestasi yang tidak menentu pada pertengahan musim ini, kebangkitan Terengganu FC menuju ke penghujung Liga wajar untuk diberikan pujian. Satu ketika Terengganu dilihat bakal menamatkan saingan Liga musim ini di kelompok pertengahan Liga setelah pada awalnya mereka antara pasukan yang berada dikalangan tiga pasukan terbaik.

    Namun, mereka berjaya bangkit dan ketika ini berpeluang untuk beraksi di pentas terbesar bagi peringkat kelab di rantau Asia ini.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Terengganu FC untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga kedua sekaligus layak ke peringkat kelayakkan Asia Champions League musim hadapan ? Mampukah mereka memenangi perlumbaan yang disertai oleh pasukan Pahang dan juga Perak ?

    Baca Juga: Peluang Terengganu Ke Peringkat Asia!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.