• Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin telah dilantik sebagai presiden baru badan induk bola sepak negara itu sebentar tadi.

    Pelantikan Datuk Hamidin sebagai presiden baru FAM dilaksanakan ketika FAM mengadakan Kongres ke-54 disebuah hotel di Petaling Jaya hari ini sekaligus menjadi pengganti kepada presiden sebelumnya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletak jawatan.

    Sebelumnya, Datuk Hamidin dicabar oleh dua individu untuk mengisi kerusi presiden FAM. Salah seorang daripada individu tersebut adalah Tan Sri Annuar Musa. Namun, bekas orang kuat KAFA ini mengundurkan diri pada saat akhir dan memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Hamidin Amin.

    Satu tugas berat menanti Datuk Hamidin untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa. Selain mengembalikan zaman kegemilangan pasukan senior, Datuk Hamidin juga perlu memikirkan cara bagaimana hendak meningkatkan lagi prestasi pasukan bawah umur seperti pasukan bawah 23 tahun dan bawah 19 tahun negara yang ketika ini berada dalam prestasi terbaik.

    Septelah dilantik sebagai presiden, Datuk Hamidin menjelaskan bahawa beliau bukannya “pak turut” kepada presiden sebelumnya dan beliau akan bekerja mengikut caranya sendiri bagi memajukan lagi FAM seiring dengan peredaran zaman.

    Tambhanya lagi, beliau mahu memastikan pengadil yang digunakan dalam saingan Liga Malaysia akan berstatus sebagai pengadil profesional. Ini kerana prestasi pengadil yang tidak memuaskan serta rungutan dari ramai pihak memgenai pengadil Liga Malaysia.

    Dengan dilantiknya Datuk Hamidin, beliau menjadi presiden ketujuh dalam sejarah FAM dan menjadi individu pertama yang bukan dari kerabat diraja dan ahli politil yang mengisi kerusi presiden

    Apa yang pasti, penulis berharap Datuk Hamidin Amin boleh membawa arus perubahan kepada FAM fan juga pasukan kebangsaan setelah sekian lama kita menyepi dan melalui prestasi yang hambar. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan semuanya bermula dari sekarang.

    Apa pendapat anda mengenai pelantikan Datuk Hamidin Amin sebagai presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru? Mampukah beliau membawa perubahan?

    Baca Juga: Harimau Muda Mampu Merangkul Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.