• Skuad bawah 23 tahun negara mungkin akan menarik diri daripada bertanding pada temasya Sukan Asia edisi kali ini jika masih lagi menghadapi masalah pelepasan pemain daripada pasukan negeri dan kelab masing-masing. Di sini penulis berpendapat semua pasukan perlu memberi kerjasama kerana tugasan Sukan Asia lebih penting berbanding tugasan lain.

    Isu pelepasan pemain timbul selepas temasya Sukan Asia 2018 bertembung dengan kempen Piala Malaysia 2018. Ramai pasukan dilihat enggan untuk melepaskan pemain mereka bagi mewakili Malaysia dalam temasya sukan terbesar di rantau Asia ini.

    Untuk bertanding dalam sukan bola sepak SUkan Asia, sesebuah pasukan perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya 18 pemain dan jika gagal berbuat demikian, pasukan tersebut tidak boleh bertanding dan harus menarik diri.

    “Kita kena faham. apabila saya menyenaraikan 24 pemain untuk dipanggil dan enam pemain dalam senarai sedia, hanya daripada 30 pemain ini yang saya boleh panggil.

    “Jika kita tidak mempunyai cukup pemain kerana mengikut peraturan, sekurang-kurangnya 18 pemain dibenarkan secara minimum untuk ke Sukan Asia.”

    “Jadi, kalau kita tidak dapat mengumpulkan 18 pemain, ia bermakna kita harus menarik diri daripada kejohanan itu,” katanya ketika ditemui pada Sesi Dialog Presiden FAM dan EXCO bersama penyokong bola sepak negara di ibu negara semalam.

    Datuk Ong Kim Swee kemudiannya meminta kerjasama daripada semua pasukan kerana ianya melibatkan kepentingan negara.

    Apa yang penting , semua pasukan perlu melepaskan pemain yang mendapat panggil Datuk Ong Kim Swee kerana tugasan Sukan Asia lebih pentin, lebih penting daripada kempen Piala Malaysia.

    Bukkanya penulis nak merendahkan prestij Piala Malaysia itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa Piala Malaysia adalah kejohanan paling legenda dalam bola sepak Malaysia. Akan tetapi, pasukan dalam saingan Liga Malaysia ini meempunyai squad depth yang boleh dikatakan baik dan kehilangans atu atau dua pemain yang akan mewakili negara tidak akan menjejaskan mereka.

    Apa pendapat anda mengenai isu pelepasan pemain bagi mewakili skuad bawah 23 tahun negara pada temasya Sukan Asia 2018 ?Adakah semua pasukan perlu memberi kerjasama ?

    Baca Juga: Aidil Zafuan Dan Rizal Ghazali Pilihan Yang Tepat ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.