• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggabungkan pemain muda dan juga senior untuk mewakili Malaysia pada dua perlawanan persahabatan menentang Taiwan dan Kemboja. Di sini, kami menyenaraikan 5 pemain yang boleh dijadikan sebagai alternatif jika pemain sedia ada mengalami kecederaan.

    1. Helmi Eliza Elias

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Helmi menampilkan aksi yang cemerlang musim ini apabila beliau berjaya membantu Pahang memenangi Piala FA 2018. Selain itu, Helmi menduduki tempat ketiga dalam senarai penjaga gol dengan kutipan clean sheet terbanyak dengan 6 clean sheet sepanjang musim ini.

    2. Muslim Ahmad

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Sama seperti Helmi, Muslim mempamerkan aksi yang baik bersama Pahang musim ini. Selain itu, musim 2018 merupakan musim terbaik bagi Muslim kerana bukan sahaja memenangi trofi bersama Pahang, beliau juga berjaya mendapatkan semula rentak sepertimana zaman kegemilangan sebelum ini.

    3. Syahrul Azwari

    Sumber Gambar: MUSA

    Pemain yang menyertai Melaka United secara pinjaman daripada JDT ini beraksi dengan baik apabila beliau menjadi nadi utama di bahagian serangan pasukan Melaka. Setakat ini, Syahrul berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Piala Malaysia.

    4. R.Gopinathan

    Sumber Gambar: MUSA

    R.Gopinathan juga menyertai Melaka United secara pinjaman dari JDT pada pertengahan musim ini. Sejak beraksi bersama Melaka, Gopi dilihat telah mendapat semula rentak cemerlang beliau dan berjaya menjaringkan beberapa gol buat Melaka.

    5. Kamal Azizi

    Sumber Gambar: Terengganu FC

    Kamal Azizi menjadi pemain yang beraksi dengan baik namun kurang mendapat perhatian pada saingan musim ini. Beliau berjaya membantu Terengganu FC menduduki tangga teratas kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia 2018.

    Itulah 5 pemain yang menurut kami boleh dijadikan sebagai alternatif jika pemain sedia ada terpaksa dikeluarkan akibat daripada kecederaan ataupun sebab yang lain. Prestasi yang baik ketika saingan Liga dan juga Piala Malaysia menjadi sebab utama mengapa kami memilih mereka.

    Apa pendapat anda mengenai senarai 5 pemain yang kami pilih sebagai alternatif kepada pasukan kebangsaan ? Mampukah mereka menampilkan aksi terbaik seandaninya dipanggil untuk menggantikan pemain sedia ada ?

    Baca Juga: I’m Ok Man! Mohamadou Sumareh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.