• Seramai 8 pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara yang beraksi pada temasya Sukan Asia 2018 telah dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pasukan pusat yang akan bermula 3 September ini.

    8 Pemain yang dimaksudkan ialah Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria, Nik Akif Syahiran, Syahmi Safari, Syazwan Andik, Akhyar Rashid, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad. Keputusan Cheng Hoe untuk memanggil pemain daripada skuad bawah 23 tahun sememangnya sudah dijangka kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

    Berikut adalah senarai penuh 24 pemain yang dipanggil:

    Penjaga Gol: Farizal Marlias, Hafizul Hakim, Khairul Fahmi.

    Pertahanan: Adam Nor Azlin, Fazly Mazlan, Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Rizal Ghazali, Syazwan Andik, Rawilson Batuil.

    Tengah: Nazmi Faiz Mansor, Nasir Basharudin, Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Irfan Zakaria, Nik Akif Syahiran, Mahali Jasuli, Syahmi Safari.

    Penyerang: Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Zaquan Adha, Akhyar Rashid, Shahrel Fikri, Norshahrul Idlan Talaha.

    Jika dilihat daripada senarai pemain yang dipanggil, pemai muda negara bakal menghadapi cabaran bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara.

    Adam Nor Azlin akan bersaing dengan pemain Sabah, Rawilson Batuil untuk digandingkan dengan Shahrul Saad di bahagian pertahanan tengah negara. Syazwan Andik pula harus bersaing dengan pemain yang sinonim dengan posisi left back pasukan negara iaitu Fazly Mazlan.

    Di bahagian tengah, Irfan Zakaria, Nik Akif dan Syahmi Safari perlu bersaing dengan Nazmi Faiz Mansor, Akram Mahinan dan Mahali Jasuli yang sebelum ini menjadi pilihan utama Cheng Hoe untuk diturunkan dalam kesebelasna utama.

    Manakala di bahagian serangan, Safawi dan Akhyar dilihat hampir pasti untuk diturunkan dalam kesebelasan utama memandangkan sebelum ini kedua-dua pemain menampilkan aksi yang baik.

    Apa yang pasti, pemain muda negara perlu memanfaatkan peluang ini bagi menunjukkan bahawa mereka sudah sedia untuk menggalas cabaran pasukan senior kebangsaan. Para pemain juga perlu menggunakan kesempatan ini sebagai platform untuk menimba pengalaman beraksi dengan pemain yang lebih baik dan lebih berpengalaman dari mereka.

    Apa pendapat anda mengenai 8 pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara yang dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai kem latihan pusat pasukan kebangsaan ? Adakah mereka pemain yang sesuai ?

    Baca Juga: Gabungan Pemain Bawah 23 Dan 19 Tahun

    Leave a comment

    Your email address will not be published.