• Pasukan dari saingan Liga Perdana, Felcra FC akan menghadapi ujian getir apabila mereka akan memulakan kempen Piala Malaysia 2018 dengan menentang pasukan Perak malam ini.

    Felcra akan tampil buat kali pertama dalam saingan Piala Malaysia dan mereka sudah pasti mahu memulakan saingan edisi kali ini dengan langkah kanan. Akan tetapi, naib juara Liga Super menjadi penghalang kepada hajat mereka.

    Dalam saingan Liga Perdana musim ini, Felcra menduduki tangga kedua sekaligus bakal beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan. Bagi mencari sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan malam ini, pasukan bimbingan Tarcisio Pugliese ini akan bergantung kepada penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini, Casagrande.

    Bekas penyerang import Kuala Lumpur ini berjaya menjaringkan 19 gol dalam saingan Liga dan sudah pasti beliau akan menjadi harapan utama pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2018.

    Bagi pasukan Perak pula, mereka mahu mencari penawar setelah gagal dalam persaingan merebut mahkota Liga Super musim ini. Meskipun berjaya menamatkan saingan di tempat kedua, namun perkara tersebut masih lagi kurang memuaskan bagi pasukan Perak.

    Kami berpendapat trofi Piala Malaysia merupakan penawar yang baik bagi Perak dan jika mereka berjaya muncul juara bagi saingan edisi kali ini, ianya akan menepati “Aku Janji” yang dibuat pada awal musim ini dimana mereka menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

    Apa yang pasti, kedua-dua pasukan akan menampilkan persembahan terbaik mereka bagi meraih tiga mata penuh dalam perlawanan perlawanan pertama peringkat kumpulan A. Tiga mata pada perlawanan pertama akan memberikan momentum terbaik menuju ke perlawanan seterusnya.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Felcra FC menentang pasukan Perak di Stadium Perak malam ini? Mampukah Felcra meraih kemenangan pada perlawanan pertama mereka dalam saingan Piala Malaysia?

    Atau pasukan Perak tidak akan berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Felcra sekaligus mengutip tiga mata penuh malam ini?

    Baca Juga: Pasukan Liga Perdana Mampu Cipta Kejutan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.