• Pendatang baru saingan Piala Malaysia, Felcra FC mahu meneruskan momentum positif mereka apabila bakal berdepan pasukan Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras malam ini. Sebelumnya, Felcra berjaya mengikat seri pasukan Perak pada perlawanan pertama.

    Perak menampilkan aksi yang bertenaga ketika mereka mengikat pasukan Perak dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan kumpulan A. Mereka mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol namun kegagalan untuk menyempurnakan peluang yang terhidang menyebabkan mereka pulang dengan satu mata.

    Dalam perlawanan kedua menentang Kuala Lumpur malam ini, tidak mustahil Felcra mampu untuk meraih kemenangan sulung mereka dalam sejarah Piala Malaysia kerana kualiti pemain tempatan dan pemain import yang dimiliki oleh mereka. Di bahagian pertahanan, Felcra mempunyai Shahrom Kalam dan Fandi Othman manakala Casagrande dan David Laly menjadi nadi utama di bahagian serangan.

    Bagi pasukan Kuala Lumpur pula, mereka mahu bangkit setelah dibelasah pasukan Terengganu FC dengan keputusan 5-1 pada perlawanan pertama kumpulan. Setelah mengalami kekalahan besar minggu lalu, ketua jurulatih pasukan, Fabio Maciel direhatkan dan digantikan dengan Chong Yee Fat.

    Menarik untuk disaksikan bagaimana Yee Fat akan menerapkan corak permainan beliau bersama pasukan Kuala Lumpur. Sebelumnya, Yee Fat mempunyai pengalaman apabila beliau menjadi ketua jurulatih pasukan DRB-Hicom ysng ketika ini sudahpun dibubarkan.

    Apa yang pasti, kedua-dua pasukan bakal mempamerkan aksi terbaik mereka kerana penting untuk meraih kemenangan malam ini bagi mencerahkan peluang ke peringkat suku akhir. Anak-anak buah Tarcisio Pugliese bukam sahaja mahu mengekalkan momentum tetapi juga mahu meraih kemenangan pertama.

    Perkara yang sama mahu diraih oleh the City Boys bagi meredekan sedikit tekanan yang dihadapi oleh pasukan ketika ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Kuala Lumpur menentang Felcra FC malam ini? Pasukan manakah yang akan meraih tiga mata penuh sekaligus merapatkan kedudukan dengan pasukan Terengganu FC yang ketika ini menduduki tangga teratas kumpulan A?

    Baca Juga: Pasukan Liga Perdana Mampu Cipta Kejutan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.