• Penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula menjadi sorotan pada minggu lalu apabila beliau berjaya menjaringkan empat gol ketika membantu Kuala Lumpur menewaskan pasukan Felcra FC dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A.

    Empat jaringan yang diperoleh Guilherme kini meletakkan beliau di kedudukan ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Kuala Lumpur di belakang dua legenda pasukan, Fandi AHmad dan K.Kannan.

    Sebuah laman penyokong pasukan The City Boys, @FCKL_1974 berkongsi senarai penjaring terbanyak pasukan sepanjang zaman di laman media sosial Twitter milik mereka.

    Dalam senarai tersebut, kita dapat lihat Guilherme berada di kedudukan ketiga di belakang K.Kannan dan Fandi Ahmad dengan perolehan 51 gol setakat ini. K.Kannan berada di kedudukan kedua dengan perolehan 61 gol manakala Fandi Ahmad berada di tangga pertama dengan perolehan 67 gol.

    Jika dilihat dari segi prestasi Guilherme dalam saingan Liga Super 2018 dan juga Piala Malaysia setakat ini, beliau mampu untuk memintas kedudukan K.Kannan dan menjadi penjaring kedua terbanyak dalam sejarah pasukan.

    Tambahan pula, saingan Piala Malaysia 2018 masih lagi di peringkat awal dan beliau mempunyai beberapa perlawanan di peringkat kumpulan untuk menjaringkan 10 gol bagi memintas K.Kannan.

    Dan jika Guilherme kekal beraksi bersama Kuala Lumpur pada saingan musim hadapan, maka beliau turut mempunyai peluang untuk memintas Fandi Ahmad sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Kuala Lumpur.

    Untuk rekod, Guilherme De Paula menyertai Kuala Lumpur pada musim 2017 dan secara keseluruhannya, pemain yang diberikan gelaran Wak Doyok oleh peminat ini berjaya menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan. Guilherme menjaringkan 23 gol saingan Liga Perdana musim lalu manakala 3 lagi jaringan dalam saingan Piala Malaysia.

    Musim ini, Guilherme berjaya menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super dan ketika ini beliau mempunyai 4 gol dalam saingan Piala Malaysia.

    Baca Juga: “Sepatutnya Pecat, Bukan Rehat”Fabio Maciel

    Leave a comment

    Your email address will not be published.