• Jaringan hatrik pemain tengah, Lee Tuck ketika perlawanan menentang Felcra FC berjaya memastikan pasukan Terengganu FC mara ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia 2018.

    Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan melancarkan gerakan serangan ke kubu pertahanan pasukan lawan dan Felcra berjaya membuka tirai jaringan menerusi pemain Indonesia, David Laly yanh bijak menolak masuk bola hasil daripada lontaran ke dalam kotak penalti pasukan Terengganu.

    Tersentak dengan jaringan Felcra, Terengganu menggandakan asakan mereka dan menjaringkan gol penyamaan menerusi ketua pasukan, Kipre Tchetche. Tidak lama selepas jaringan Kipre, Tuck menjaringkan gol kedua pasukan. Separuh masa pertama tamat dengan Terengganu FC berada di hadapan.

    Memasuki separuh masa kedua, Lee Tuck menambah dua lagi jaringan bagi melengkapkan malam gemilang Terengganu dan memastikan tempat mereka di peringkat suku akhir terjamin.

    Secara keseluruhannya, Terengganu FC mempamerkan persembahan yany lebih meyakinkan untuk mendapatkan 3 mata penuh.

    Felcra jelas memberikan cabaran terutamanya pada separuh masa pertama namun mereka tidak mampu menyaingi pasukan pelawat di separuh masa kedua.

    Dengan kemenangan semalam, pasukan bimbingan Irfan Bakti kini menerajui kumpulan A dengan 10 mata. Tidak kira apa jua keputusan yang bakal diraih pada dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan, ianya tidak akan menggugat kedudukan Terengganu.

    Jika Sang Penyu berjaya mencatat keputusan positif pada dua perlawanan terakhir, maka mereka akan muncul sebagai juara kumpulan di hadapan pasukan Perak. Anak-anak buah Mehmet Durakovic kini berada di tangga kedua dengan kutipan 7 mata.

    Bagi pasukan Felcra FC pula, mereka perlu mencatat kemenangan pada dua perlawanan terakhir sambil mengharapkan Kuala Lumpur dan Perak gagal untuk mengutip mata penuh.

    Felcra akan menentang pasukan Kuala Lumpur manakala Terengganu FC akan menentang Perak pada perlawanan seterusnya. Nasib Felcra, Perak dan Kuala Lumpur akan ditentukan pada perlawanan ini sama ada masih mempunyai peluang untuk mara atau tersingkir daripada saingan Piala Malaysia.

    Manakala bagi Terengganu pula, jika mencatat kemenangan maka mereka akan menjadi juara kumpulan A.

    Baca Juga: Kita Setanding Dengan Jepun

    Leave a comment

    Your email address will not be published.