• Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berkata pencapaian pasukan negara dalam temasya Sukan Asia 2018 adalah hasil daripada kerja keras para pemain.

    Menurut laporan Kosmo, Datuk Ong tidak mahu “diangkat” terlalu tinggi atas persembahan yang ditampilkan Malaysia sepanjang mengharungi saingan bola sepak pada temasya Sukan Asia 2018.

    “Saya tak ingin menyentuh tentang sejauh mana tahap yang saya boleh capai. Yang penting ialah pasukan ini. Saya mahu mereka terus menumpukan perhatian pada perlawanan yang akan datang dan apa jua keputusan sama ada positif atau negatif, ia terpulang kepada seluruh pasukan.

    “Sekiranya mereka berjaya mara ke peringkat lebih tinggi, bukan saya yang mencipta sejarah tetapi pemain-pemain ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan rasmi skuad negara.

    Malaysia akan berdepan Jepun yang menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara di belakang finalis Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, Vietnam pada aksi pusingan kedua di Stadium Pakansari, Jumaat ini.

    Datuk Ong menambah beliau berharap pencapaian tersebut dapat membuka mata semua peminat bola sepak tanah air untuk terus memberikan sokongan kepada skuad negara selain menjadi inspirasi kepada semua pasukan muda negara termasuk skuad Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun kebangsaan.

    “Kita buatkan peminat di tanah air dan rakyat Malaysia percaya yang kita boleh buat dengan betul dan percaya kita boleh tumbangkan gergasi.

    “Keputusan dengan Korea Selatan menunjukkan kita boleh capai apa yang kita mahu. Ia tidak mustahil.

    “Namun, paling penting kita tidak perlu beri terlalu banyak tekanan kepada anak-anak muda ini sebaliknya beri motivasi kepada mereka – kita perlu bentuk mereka, itu yang paling penting,” katanya.

    Kerja keras yang ditunjukkan oleh pemain negara sememangnya layak untuk diberikan pujian kerana harapan yang diletakkan pada pasukan ini pasa mulanya tidak terlalu tinggi.

    Namun, mereka berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil dan Malaysia juga mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan-pasukan besar.

    Baca Juga: Haziq Nadzli Atau Ifwat Akmal?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.