• Pasukan bawah 23 tahun negara bakal berdepan cabaran sukar apabila menentang pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir. Kecergasan pemain perlu berada di tahap maksimum bagi memastikan mereka boleh mencabar pemain Jepun sehingga minit terakhir perlawanan.

    Isu kecergasan sememangnya menjadi masalah utama yang dihadapi oleh pasukan negara. Pada dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Korea Selatan dan Bahrain, pasukan lawan mudah untuk menembusi barisan pertahanan negara sekaligus berjaya menjaringkan gol.

    Ketika mendahului 2-0, barisan pertahanan negara sedikit leka dan membenarkan Hwang Ui-jo merapatkan kedudukan bagi pasukan Korea. Pada perlawanan menentang Bahrain pula, Hamad Alshamsan berjaya menjaringkan gol ketiga Bahrain pada minit-minit terakhir perlawanan.

    Jika perlawanan menentang Jepun malam ini berlanjutan sehingga ke masa tambahan dan juga penentuan sepakan penalti, maka para pemain perlu kekal cergas sepanjang perlawanan bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku dan membenarkan pasukan lawan untuk mencipta jaringan.

    Menurut laporan Berita Harian, ketua jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee meminta para pemain perlu bersedia sekiranya perlawanan diheret ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

    “Kita perlu bersedia kemungkinan perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan atau penentuan penalti.”

    “Jepun sebuah pasukan yang berpengalaman, mereka sudah banyak menyertai kejohanan serta memiliki kombinasi yang cukup baik. Kita perlu fokus seperti ketika menentang Korea Selatan terutamanya ketika bertahan,” kata beliau.

    Apa yang pasti, para pemain perlu memberikan sepenuh fokus mereka pada perlawanan malam ini bagi memastikan pasukan negara membenam Jepun sekaligus mara ke peringkat suku akhir dengan mengikut jejak pasukan Vietnam yang berjaya mara dengan menewaskan pasukan Bahrain semalam.

    Selan itu, kecergasan para pemain perlu berada di tahap terbaik bagi memastikan mereka boleh mengekalkan fokus sehingga minit-minit terakhir perlawanan.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan bawah 23 tahun negara menentang pasukan Jepun malam ini ? Mampukah Harimau Muda menumpaskan Samurai Biru sekaligus mara ke peringkat suku akhir sukan bola sepak Sukan Asia 2018 ?

    Baca Juga: Kesebelasan Utama Malaysia Menentang Jepun

    Leave a comment

    Your email address will not be published.