• Pasukan kedah bakal turun tanpa kelibat penyerang import mereka, Paulo Rangel yang digantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim malam ini.

    Rangel digantung kerana tindakan beliau yang menendang penjaga gol JDT, Farizal Marlias ketika Kedah dibelasah 5-1 di Larkin tempoh hari. FAM menerusi kenyataan di laman web mereka menyatakan Rangel bukan sahaja digantung malah dikenakan denda.

    “Kesalahan: Melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya didapati berkelakuan ganas dengan menendang penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (Mohd Farizal Marlias).

    Hukuman: Penggantungan tiga (3) perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda RM3,000.00 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.”

    Selain menentang JDT, Rangel juga akan terlepas perlawanan menentang pasukan Kelantan dan perkara ini nyata memberikan impak kepada pasukan Kedah. Ini kerana Kedah wajib menang dalam dua perlawanan terakhir jika mereka mahu melangkah ke peringkat suku akhir.

    Dengan ketiadaan Rangel, kami berpendapat posisi penyerang utama akan diisi oleh seorang lagi pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva. Sandro sebelum ini menampilkan aksi yang baik apabila diletakkan di posisi tersebut. Kelibat Sandro sebagai false nine nyata memberikan bahaya kepada pasukan lawan.

    Mujur bagi naib juara edisi musim lalu ini beberapa pemain tonggak seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Akhyar Rashid telah pulang daripada tugasan Sukan Asia 2018 dan khidmat ketiga-tiga pemain ini sudah pasti ditagih oleh pasukan Kedah bagi memastikan peluang mereka untuk mara ke peringkat suku akhir tetap terbuka.

    Apa pendapat anda mengenai ketiadaan Paulo Rangel di bahagian serangan pasukan Kedah setelah penyerang kelahiran Brazil itu digantung tiga perlawanan oleh FAM ? Adakah ketiadana bbeliau bakal memberi kesan kepada barisan serangan pasukan Kedah ? Atau pemain sedia ada mampu untuk menggalas tugas dengan baik ?

    Baca Juga: Pemain Tonggak Kembali Perkuatkan Kedah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.