• Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff mengesahkan pemain tengah kreatif Liridon Krasniqi atau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Don bakal kembali menjalani latihan bersama skuad utama dan dijangka akan beraksi menentang pasukan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2018 Ahad ini.

    Perancang utama itu terpaksa disisihkan sehingga berakhirnya saingan Liga Super musim ini akibat daripada kecederaan paha yang dialaminya. Pastinya khidmat pemain itu amat ditagih bagi menghadapi kempen Piala Malaysia selepas kehilangan tonggak utama Baddrol Bakhtiar yang menjalani latihan pusat bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan.

    Ketiaadan Mat Don meninggalkan jurang yang sangat besar terhadap prestasi tidak konsisten Kedah dalam menghadapi saingan Liga Super. Presiden Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata “kami merindui kelibat dan aksi Liridon kerana dia adalah penggerak utama untuk pasukan dan ketiadaanya memperlihatkan kualiti serangan pasukan Lang Merah itu seolah-olah pincang dan tiada kreativiti serangan dijana oleh bahagian tengah seperti yang ditunjukkan oleh Liridon”.

    Beliau mengakui walaupun ada pemain gantian yang mampu memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Mat Done namun masih terdapat jurang yang ditinggalkan. Keputusan kurang memberangsangkan yang diperolehi pasukan Kedah itu merujuk kepada lima perlawanan yang sepatutnya dimenangi oleh pasukan Lang Merah.

    Untuk perkembangan, Liridon Krasniqi mengalami kecederaan paha semasa Kedah menewaskan PKNS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman. Mat Don dikhabarkan sudah kembali pulih selepas menjalani rawatan di Munich sejak sebulan yang lepas.

    Pastinya dengan kehadiran Jeneral Lang Merah ini memberikan khabar gembira kepada kem pasukan Kedah dan juga kepada para penyokong dan pastinya aksi beliau di atas padang diharapkan akan memberikan keputusan yang positif kepada pasukan Kedah dalam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Heyqal. Jika anda mempunyai pendapat yang mahu dikongsikan, hubungi kami menerusi laman media sosial bagi mengketengahkan pendapat anda.

    Baca Juga: Import Kedah Dedah Kegagalan Pasukan Musim Ini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.