• Kepulangan pemain tengah, Liridon Krasniqi berjaya membantu pasukan Kedah membuat kebangkitan dengan menewaskan pasukan MISC-Mifa dengan keputusan 3-2 semalam.

    Liridon beraksi dengan baik pada perlawanan semalam dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol sekaligus menghidupkan semula peluang Kedah untuk mara ke peringkat suku akhir.

    Akan tetapi, Kedah terlebih dahulu ketinggalan apabila Mifa berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang mereka, Kpah Sherman yang mudah menolak masuk bola hasil hantaran Bae Beom-geun.

    Pasukan bimbingan K.Devan ini mempunyai peluang untuk menambah jaringan namun sepakan penalti yang diambil Elizeu Araujo gagal untuk menewaskan penjaga gawang Kedah, Abdul Hadi Hamid.

    Lima minit kemudian, Kedah pula menerima sepakan penalti selepas Sandro Da Silva dijatuhkan oleh pertahanan MIFA dan Liridon menyempurnakan sepakan tersebut untuk menyamakan kedudukan. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1.

    Memasuki separuh masa kedua, Mifa tidak mengambil masa lama untuk berada di hadapan apabila Syazwan Tajuddin tertampan bola ke gawang sendiri berpunca daripada hantaran lintang Beom-geun.

    Liridon sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-59 menerusi satu volley menarik. Berselang lima minit kemudian, Kedah beraea di hadapan pada minit ke-65 hasil sepakan percuma menaeik yang disempurnakan oleh Sandro.

    Kepulangan Mat Don nyata memberi inspirasi yang tersendiri bagi pasukan Kedah setelah mereka menampilkan persembahan yang tidak bertenaga pada dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

    Kemenangan pada semalam juga menghidupkan semula peluang mereka untuk mencabar pasukan Johor Darul Ta’zim dan MISC-Mifa bagi memperebutkan slot ke peringkat suku akhir.

    Jika Kedah berjaya mengekalkan momentum, ditambah dengan Liridon Krasniqi yang sudah kembali memperkuatkan pasukan serta sedikit penambah baikan di bahagian pertahanan, Kedah dilihat mampu untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Kedah ke atas pasukan MISC-Mifa semalam? Mampukah mereka mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya sekaligus memberikan saingan kepada JDT dan juga MISC-Mifa bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018?

    Baca Juga: MISC-Mifa Sedia Teruskan Rentak Cemerlang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.