• Pasukan bawah 23 tahun negara akan menentang pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir hari ini. Di sini, kami menyenaraikan kesebelasan utama yang mungkin digunakan oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee bagi memberikan cabaran kepada Jepun.

    1. Haziq Nadzli

    Sumber Gambar: FAM

    Haziq menampilkan aksi cemerlang pada dua perlawanan peringkat kumpulan ketika Malaysia Kyrgyztan dan juga Korea Selatan. Haziq dilihat pilihan yang sesuai jika dilihat dari prestasi semasa.

    2. Dominic Tan

    Sumber Gambar: Goal.com

    Dominic tampil cemerlang pada perlawanan peringkat kumpulan terutamanya ketika pasukan negara menewaskan Korea Selatan.

    3. Irfan Zakarian

    Sumber Gambar: Goal.com

    Kualiti hantaran bola serta game reader yang dimiliki oleh Irfan bakal menjadi kelebihan bagi pasukan negara malam ini.

    4. Adam Nor Azlin

    Sumber Gambar: Goal.com

    Adam setakat ini beraksi dalam semua perlawanan pada peringkat kumpulan. Kembali diletakkan di pertahanan kiri dalam sistem back three, Adam bakal menjadi ketua di bahagian pertahanan pada perlawanan malam ini.

    5. Rizal Ghazali

    Sumber Gambar: FAM

    Rizal menampilkan aksi yang baik pada perlawanan menentang Kyrgyztan dan juga Korea Selatan. Dengan Syahmi dijangka bakal diletakkan di bahagian tengah, Rizal akan mengisi posisi right wing back negara.

    6. Baddrol Bakhtiar

    Sumber Gambar: Goal.com

    Sama seperti Adam, Baddrol beraksi dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Pengalaman yang dimiliki oleh Badd sudah pasti diperlukan untuk membimbing rakan-rakan pasukan yang lain.

    7. Syahmi Safari

    Sumber Gambar: Bolatimes.com

    Syahmi membentuk satu gandingan yang baik bersama Baddrol ketika Malaysia menewaskan Korea Selatan. Syahmi juga menampilkan aksi yang cemerlang ketika perlawanan menentang Bahrain.

    8. Syazwan Andik

    Sumber Gambar: FAM

    Syazwan dilihat telah membentuk satu connection yang baik dengan Akhyar Rashid di bahagian kiri pasukan negara. Kami menjangkakan beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

    9. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: Berita Harian

    Safawi Rasid sudah pasti diturunkan pada perlawanan malam ini bagi merobek gawang pasukan Jepun. Empat gol yang dijaringkan pada tiga perlawanan terakhir sudah pasti dijadikan sebagai pembakar semangat buat Pawi.

    10. Syafiq Ahmad

    Sumber Gambar: FAM

    Syafiq bakal memberikan bantuan kepada Safawi dan Akhyar di bahagian serangan pasukan negara bagi mengkucar-kacirkan pertahanan Jepun.

    11. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: FAM

    Sama seperti Safawi, Akhyar bakal menjadi sandaran utama pasukan negara untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Jepun sekaligus merobek gawang mereka.

    Itulah dia kesebelasan utama yang mungkin digunakan oleh Datuk Ong Kim Swee pada perlawanan menentang Jepun malam ini. Apa yang pasti, para pemain yang diturunkan perlu menampilkan aksi terbaik mereka bagi memastikan Malaysia layak ke peringkat suku akhir.

    Baca Juga: Syahmi Safari Atau Nik Akif Syahiran ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.