• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe nampaknya masih lagi percaya dengan kebolehan serta pengalaman yang dimiliki oleh penyerang senior, Norshahrul Idlan Talaha dan memanggil beliau untuk menyertai kem latihan pusat pasukan.

    Norshahrul atau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo sememangnya menjadi nadi utama pasukan negara ketika memenangi Piala AFF Suzuki edisi 2010 dengan menewaskan Indonesia di perlawanan akhir.

    Gandingan Mat Yo bersama seorang lagi penyerang prolifik negara, Safee Sali digelar sebagai Gandingan Emas dan kedua-dua pemain menjadi harapan utama negara untuk meledak jaringan diantara tahun 2010 hingga 2012.

    Kali terakhir peminat melihat kelibat Mat Yo beraksi bersama pasukan negara ialah ketika temasya Piala AFF Suzuki 2016 dimana Malaysia menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Setelah itu, kita jarang melihat kelibat Mat Yo bersama pasukan negara.

    Pada saingan Liga Malaysia musim ini, Mat Yo mengambil keputusan untuk menyertai Pahang setelah mewakili pasukan Felda United pada musim lalu. Dan keputusan beliau untuk menyertai pasukan Tok Gajah merupakan keputusan terbaik beliau.

    Di bawah bimbingan Dollah Saleh, Mat Yo seperti dilahirkan semula apabila berjaya menampilkan aksi terbaik dan beliau kerap kali dipilih untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

    Bekas penyerang Kelantan dan Johor Darul Ta’zim ini juga menampilkan persembahan yang cemerlang ketika menewaskan pasukan Selangor pada perlawanan akhir Piala FA 2018. Kelincahan Mat Yo nyata membuatkan pertahanan Selangor sukar untuk mengawal beliau.

    Penyenaraian Norshahrul ini bermakna ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe mahu menggabungkan diantara pemain senior dan pemain muda di bahagian serangan pasukan negara. Selain Mat Yo, Cheng Hoe juga memanggil Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Zaquan Adha dan Shahrel Fikri Fauzi.

    Apa pendapat anda mengenai kembalinya Norshahrul Idlan Talaha untuk menyertai kem latihan pasukan negara bagi persediaan bagi menghadapi Taiwan dan Kemboja dalam satu perlawanan persahabatan ?

    Mampukah penyerang Pahang ini menampilkan aksi cemerlang sepertimana ketika zaman kegemilangan beliau ?

    Baca Juga: Hazwan Bakri Dan Darren Lok Masih Mempunyai Peluang ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.