• Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mahukan pasukan beliau untuk memberikan fokus kepada satu demi satu perkara dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan melangkah ke peringkat 16 pasukan.

    Menurut laporan mStar, Datuk Ong tidak mahu memikirkan tentang kilauan pingat Sukan Asia selagi skuad negara belum melepasi saingan peringkat 16 pasukan.

    “Masih ada lagi perlawanan bertemu Bahrin petang ini. Selepas itu, dengan Jepun (pusingan 16 pasukan).

    “Semua pemain faham bahawa tugas belum selesai. Saya juga percaya pemain-pemain mahukan lebih daripada apa yang dicapai setakat ini,” jelasnya menerusi satu rakaman kepada media.

    Jelas Kim Swee, beliau belum fikir mengenai kilauan pingat selagi belum menempah ke suku akhir.

    “Belum terfikir sejauh mana akan pergi. Buat masa sekarang kita fokus satu demi satu perlawanan,” katanya.

    Tambah Datuk Ong, layak ke peringkat 16 pasukan terakhir sememangnya baik tetapi perkara tersebut sudah boleh dilupakan dan memberikan fokus terhadap usaha pasukan untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

    Pasukan negara berjaya muncul sebagai juara kumpulan dan mengesahkan tempat di peringkat seterusnya setelah membenam cabaran juara bertahan, Korea Selatan dengan kemenangan 2-1 pada Jumaat. Safawi Rasid menjadi wira pasukan negara dengan menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut.

    Apa yang pasti, para pemain negara tidak boleh hilang fokus dan perlu menampilkan aksi terbaik apabila bertemu pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan. Meskipun The Samurai Blue menghantar pasukan bawah 21 tahun mereka, namun pemain negara tidak boleh mengambil mudah cabaran yang bakal diberikan oleh pemain Jepun.

    Pasukan bawah 23 tahun negara akan menamatkan saingan peringkat kumpulan hari ini dengan menentang pasukan Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang. Jika berjaya meraih tiga mata penuh, maka pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan mengutip mata penuh.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Malaysia untuk meraih tiga mata apabila menentang pasukan Bahrain pada malam ini ? Mampukah pemain negara mengekalkan momentum semasa sekaligus meraih kemenangan ketiga ?

    Baca Juga: Ribut Malaysia Akan Melanda Bahrain!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.