• Ketua jurulatih pasukan Kelantan, Yusri Che Lah menyeru penyokong untuk membanjiri stadium keramat pasukan itu, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi menaikkan semangat pemain ketika berdepan Johor Darul Ta’zim pada saingan kumpulan Piala Malaysia, malam ini.

    Menurut laporan Berita Harian, penyokong setia The Red Warriors (TRW) juga diharapkan tidak mencampur-adukkan isu luar yang terpalit dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebaliknya terus memberi sokongan padu.

    “Saya yakin penyokong masih mahu bola sepak Kelantan bangkit oleh itu mereka (penyokong) bantulah kami kerana setiap sokongan mereka amat berguna untuk semua pemain memperoleh semangat berjuang.”

    Yusri Che Lah juga mengakui tugasa berdepan Johor Darul Ta’zim bukan satu tugas yang mudah apabila pasukan Harimau Selatan itu juga mahukan kedudukan selesa dalam Kumpulan C.

    “Memang kami mahu memburu mata kemenangan atau sekurang-kurangnya mata untuk mengejar kedudukan terbaik namun kami kena akui berdepan JDT bukan satu tugas mudah.

    “Apa yang perlu saya dan pemain lakukan adalah menggunakan kesempatan bermain pada tahap terbaik di tempat sendiri pada pertemuan malam esok,” katanya.

    Ketika ini, Kelantan menduduki tangga ketiga kumpulan C selepas dua perlawanan dan hanya mampu mengutip satu mata. Kelantan seri ketika menentang Kedah pada perlawanan pertama dan tewas mengejut di tangan pasukan Liga Perdana, MISC-Mifa minggu lalu.

    Penting untuk Kelantan meraih keputusan positif pada perlawanan menentang juara bertahan malam ini bagi mencerahkan peluang mereka untuk mara ke peringkat suku akhir. Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, ditambah dengan rentak cemerlang pasukan Mifa ketika ini, peluang Kelantan untuk melangkah ke peringkat suku akhir berada dalam kedudukan bahaya.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bimbingan Yusri Che Lah untuk meraih keputusan positif apabila mereka menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018 ? Mampukah mereka mengejutkan juara bertahan sekaligus menghidupkan peluang pasukan untuk mara ke suku akhir ?

    Baca Juga: Pemain Patut Datang Jumpa Saya – Bibi Ramjani Ilias Khan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.