• Ketua jurulatih Felda United, B.Sathianathan berkata beberapa pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara sudah boleh mewakili pasukan senior setelah menampilkan aksi yang cemerlang ketika temasya Sukan Asia 2018.

    Sathia mengambil contoh pemain seperti Safawi dan Akhyar dilihat layak untuk berada dalam pasukan senior negara.

    “Apa yang realistik kita kena tahu kepincangan dan kelemahan yang dihadapi. Walaupun Jepun menurunkan skuad B-21, tapi pertahanan mereka tampak lebih kental dalam situasi satu lawan satu berbanding pemain kita.

    “Kalau tanya saya, pemain seperti Safawi (Rasid), Akhyar (Rashid) dan beberapa pemain lain memang layak berada dalam skuad senior. Tapi apa yang lebih penting belajar daripada aksi di Sukan Asia untuk perbaiki kelemahan.

    “Macam Jepun, saya boleh katakan mereka tak akan jadi juara (raih pingat emas) sebab pemain mereka masih mentah. Tapi gaya permainan mereka nampak lebih baik,” katanya ketika di hubungi Berita Harian.

    Sathia bagaimanapun menegaskan ada kelemahan yang masih perlu diperbaiki terutama di bahagian pertahanan dalam menghadapi situasi satu lawan satu, aspek hantaran dan ketika membuat larian tanpa bola.

    Ketua jurulatih pasukan senior negara, Tan Cheng Hoe sebelum ini memberikan peluang kepada pemain seperti Akhyar, Safawi, Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria untuk tampil bersama pasukan senior kebangsaan. Cheng Hoe juga memberi bayangan bahawa beliau akan menggunakan majoriti pemain muda bagi membawa cabaran Malaysia pada kejohanan Piala AFF Suzuki hujung tahun ini.

    “Berdasarkan pengajaran dan persembahan di Sukan Asia, kita boleh mempersiapkan pemain muda dalam skuad B-19, B-16 dan B-12 dengan cara yang betul.”

    “Kalau nak setanding Jepun dan Korea Selatan, kita kena betulkan kelemahan dengan memberi tunjuk ajar terhadap teknik yang baik dalam latihan” jelas Sathianathan.

    Apa yang pasti, pemain dari skuad bawah 19 tahun dan 23 tahun perlu diberikan perhatian dengan memberikan mereka minit bermain yang mencukupi bagi membolehkan mereka mengekalkan momentum setelah beraksi dengan cemerlang dalam kejohanan antarabangsa.

    Baca Juga: Datuk Ong Kim Swee Alih Fokus AFC 2020

    Leave a comment

    Your email address will not be published.