• Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) menerima khabar buruk apabila didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas tingkah laku penyokong mereka yang menyalakan bom asap dan melepaskan mercun roket semasa perlawanan sedang berlangsung.

    Penyokong Melaka United berbuat demikian pada perlawanan menentang pasukan Kuala Lumpur pada 9 Jun lalu dalam saingan Liga Super musim 2018 di Stadium Hang Jebat.

    Menurut Pengerusi jawatankuasa tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, MUSA dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan perlu menjelaskan denda tersebut dalam tempoh masa empat belas hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan tersebut.

    “MUSA turut bersalah kerana melanggar artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM dan didenda sebanyak RM5,000 dan dikehendaki untuk menjelaskan jumlah denda yang dikenakan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan keputusan ini.

    “Mereka juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

    Selain MUSA, FAM juga mengenakan hukuman kepada dua individu iaitu penyerang import Kedah, Paulo Rangel yang digantung tiga perlawanan kerana menyiku penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias pada perlawanan Piala Malaysia di Larkin tempoh hari.

    Seorang lagi yang dikenakan hukuman oleh FAM ialah Pemain futsal wanita Selangor United MPSJ, Nor Hawa Md Yasdin apabila beliau digantung selama tiga bulan daripada bermain dalam mana-mana kejohanan kelolaan FAM sama ada perlawanan futsal mahupun perlawanan bola sepak padang.

    Ini kerana Nor Hawa didapati melanggar artikel 51.1(a) dan (b) dibaca bersama dengan artikel 59 kod tatatertib FAM kerana berkelakuan buruk dan tidak bermain dengan fair play.

    Apa pendapat anda mengenai tingkah laku penyokong Melaka United yang membakar mercun serta menyalakan bom asap sehingga menyebabkan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) didenda oleh FAM?

    Adakah hukuman yang diberikan oleh FAM ini akan memberi kesan kepada prestasi pasukan pada baki saingan Piala Malaysia edisi kali ini?

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Boleh Dijadikan Alternatif Oleh Tan Cheng Hoe

    Leave a comment

    Your email address will not be published.