• Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengatakan beliau telah menyediakan ramuan untuk mengejutkan pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir Jumaat ini.

    Menurut laporan Kosmo, Datuk Ong berjata apa sahaja keputusan yang bakal dicapai pada perlawanan esok tidak boleh menafikan kecemerlangan barisan pemain beliau dalam melayakkan diri ke pusingan kalah mati sejak edisi 2010 di China.

    Katanya, apa sahaja keputusan sama ada positif atau negatif yang bakal dicapai nanti tetap tidak boleh menafikan kecemerlangan barisan pemainnya dalam melayakkan diri ke pusingan kalah mati sejak edisi 2010 di Guangzhou, China.

    “Saya harapkan barisan pemain dapat memberi tumpuan penuh pada aksi menentang Jepun nanti kerana saya percaya dengan sikap disiplin serta keinginan untuk menang, kita boleh menewaskan mana-mana pasukan.

    “Saya tidak ingin sentuh me­ngenai skuad pada edisi Sukan Asia 2010 kerana apa sahaja keputusan yang diraih nanti, pemain sudah tentu memberikan yang terbaik tidak kira kita berjaya ke suku akhir atau tidak.

    “Kami telah melakukan latihan selama dua hari dan kea­daan semua pemain baik kecuali Akhyar (Rashid) yang masih belum cergas sepenuhnya ekoran kecederaan yang dialami ketika aksi menentang Bahrain, Isnin lalu,” katanya.

    Pada perlawanan peringkat kumpulan, anak-anak buah Datuk Ong menampilkan aksi cemerlang ketika mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan dan perkara ini membuatkan ramai pihak percaya para pemain mampu untuk melakukan kejutan sekali lagi. Tambahan pula, satu lagi pasukan Asia Tenggara, Vietnam sebelum ini berjaya menundukkan Jepun.

    Apa yang pasti, ramuan yang sudah disediakan Datuk Ong Kim Swee mampu untuk membantu pasukan negara untuk sekali lagi mencipta kejutan dengan menewaskan salah satu pasukan gergasi di rantau Asia, Jepun.

    Jika para pemain mampu untuk mengulangi prestasi sepertimana pada dua perlawanan peringkat kumpulan, tiada apa yang tidak boleh dicapai oleh pasukan negara.

    Apa pendapat anda mengenai ramuan yang disediakan oleh Datuk Ong Kim Swee bagi memerangkap pasukan Jepun pada perlawanan Jumaat ini ? Adakah Datuk Ong akan mengubah corak permainan beliau ?

    Baca Juga: Kelincahan Safawi-Akhyar Senjata Utama Negara

    Leave a comment

    Your email address will not be published.