• Bekas pemain Selangor, P.Maniam mengatakan otai pasukan Selangor kini sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaik apabila dijadualkan menentang Veteran Singapura bagi memperebutkan Piala Sultan Selangor Sabtu ini.

    Menurut laporan Berita Harian, P.Maniam memberitahun beliau dan rakan-rakan sudah membuat persiapan rapi dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

    “Kami sudah mengharungi lapan aksi persahabatan setakat ini serta berjaya meraih kemenangan besar sehingga tujuh dan lapan gol. Jadi ini memberi motivasi terbaik kepada kami untuk aksi Piala Sultan Selangor,” kata Maniam.

    “Walaupun semua sudah berusia namun kami akan memberikan aksi yang terbaik kepada penyokong yang hadir. Usia hanyalah nombor kerana semangat kami tetap masih muda.

    “Sudah tentu perlawanan ini membangkitkan kembali nostalgia dua pasukan yang memiliki sejarah dalam bola sepak di negara ini. Selepas sekadar berkongsi gelaran tahun lalu, kini kami mahukan kejuaraan mutlak.”

    Piala Sultan Selangor edisi ke-17 bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dengan pertembungan Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura selain meneruskan pertandingan Piala Pilihan dan Veteran serta Piala Cabaran Sekolah-Sekolah yang diperkenal julung kalinya pada edisi lalu.

    Pada edisi lalu yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Pilihan Singapura berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Selangor 3-2 menerusi jaringan Khairul Nizam, Shakir Hamzah dan Faris Ramli sementara gol Pilihan Selangor disumbangkan Safee Sali dan Gonzalo Soto.

    Bagi kategori veteran atau pemain otai, skuad Veteran Selangor dan Veteran Singapura dinobatkan sebagai juara bersama selepas terikat tanpa jaringan.

    Pilihan Selangor pada edisi kali ini masih lagi diwakili oleh pasukan PKNS FC dengan tambahan dua pemain daripada pasukan Selangor iaitu ketua pasukan, Amri Yahyah dan penyerang import, Rufino Segovia.

    Penjaring terbanyak Liga Super musim 2018 ini yakin beliau dapat menyesuaikan diri dengan corak pemainan yang bakal diterapkan oleh Datuk.Rajagopal dan beliau teruja kerana ini kali pertama beliau menyertai kejohanan sebegini.

    “Saya teruja kerana ini kali pertama saya menyertai perlawanan sebegini. Saya tidak mengenali pemain daripada PKNS FC tetapi saya yakin dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama mereka.”

    Baca Juga: Syahmi Safari Atau Nik Akif Syahiran ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.