• Nampaknya peminat setia bola sepak negara tidak akan melihat kelibat Nor Azam Azih dan Matthew Davies pada temasya Sukan Asia 2018. Ini kerana kedua-dua pemain gagal untuk melapor diri menjelang jam 5 petang semalam. Perkara ini nyata membuat segelintir peminat menganggap Pahang tidak patriotik kerana enggan melepaskan pemain mereka.

    Isu pelepasan pemain sebelum ini menjadi isu utama yang dihadapi oleh ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee. Selepas Datuk Ong menyatakan kekesalan beliau, barulah beberapa pasukan mahu melepaskan pemain mereka bagi mewakili negara.

    Peminat sedikit kecewa dengan keputusan pasukan Pahang yang memilih untuk tidak melepaskan Nor Azam dan Davies kerana kedua-dua pemain ini merupakan nadi utama pasukan bawah 23 tahun negara dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

    Nor Azam berjaya mengawal bahagian tengah negara dengan baik manakala Davies beraksi dengan baik ketika membantu jentera serangan dan juga ketika dalam situasi bertahan.

    Kini, Datuk Ong harus mempunyai perancangan baru dengan menggunakan pemain sedia ada memandangkan kedua-dua pemain tidak akan beraksi pada saingan Sukan Asia nanti.

    Kami berpendapat posisi yang ditinggalkan oleh Nor Azam Azih akan diisi oleh pemain yang dipanggil atas tiket pemain lebih umur iaitu Baddrol Bakhtiar. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Baddrol, beliau dilihat boleh beraksi di posisi tengah dengan baik.

    Seorang lagi pemain yang boleh dipertimbangkan untuk mengisi tempat Nor Azam Azih ialah Syahmi Safari. Pemain muda Selangor ini diletakkan di bahagian tengah oleh Nazliazmi Nasir menuju ke penghujung saingan Liga Super musim ini. Dna beliau berjaya mempamerkan aksi yang baik.

    Bagi posisi yang ditinggalkan oleh Matthew Davies pula, seorang lagi pemain lebih umur, Rizal Ghazali berkemungkinan besar akan mengisi posisi tersebut. Rizal juga mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan dan beliau tidak akan berdepan masalah beraksi di posisi tersebut.

    Apa yang penting, pemain sedia ada harus memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen mereka dalam membentuk gandingan terbaik bagi mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Asia nanti. Lupakan segala isu di luar padang dan fokus pada sesi latihan.

    Apa pendapat anda mengenai pasukan Pahang yang enggan melepaskan dua pemain mereka bagi mewakili Malaysia dalam temasya Sukan Asia 2018 ? Adakah tindakan mereka ini boleh dikategorikan sebagai tidak patriotik ?

    Baca Juga: Ketiadaan Nor Azam Dan Davies Bakal Beri Kesan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.