• Bekas penyerang Liverpool dan Atletico Madrid, Florent Sinama-Pongolle dikhabarkan berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan setelah kontrak beliau bersama sebuah pasuakn Thai League 1 tamat pada akhir musim ini.

    Sinama-Pongolle beraksi bersama Chainat Hornbill sejak musim 2016 dan beliau membantu Chainat menjuarai Thai League 2 musim lalu sekaligus layak beraksi dalam saingan Thai League 1 musim ini.

    Sebelumnya, Sinama-Pongolle memulakan karier bola sepak profesional bersama kelab Perancis, Le Havre. Setelah bersama Le Havre selama 5 musim, Sinama akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai Liverpool bersama-sama sepupu beliau iaitu Anthony Le Tallec pada musim 2001 ketika usia beliau 17 tahun.

    Sinama dihantar kembali ke Le Havre untuk menjalani sesi pinjaman selama dua musim. Beliau kembali ke Liverpool pada 2003 dan berjaya membantu The Reds memenangi beberapa kejuaraan antaranya Liga Juara-Jura Eropah edisi 2005 apabila Liverpool menewaskan AC Milan pada perlawanan akhir dan Piala FA dimana Liverpool menewaskan West Ham United.

    Pada jendela perpindahan musim sejuk 2006, Sinama menyertai Backburn Rovers secara pinjaman. Setelah tempoh pinjaman bersama Blackburn tamat, beliau kemudiannya menyertai Recreativo Huelva selama dua musim dan berjaya menjaringkan 22 gol. Setelah bersama Recreativo, Sinama menyertai Atletico Madrid pada 2008 namun beliau hanya mampu menjaringkan 5 gol.

    Bekas penyerang pasukan kebangsaan Perancis yang pernah memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2001 ini kemudiannya menjadi nomad dengan menyertai lapan kelab sejak 2010 dan kini beliau beraksi dalam saingan Thai League 1.

    Menurut sumber kami yang juga seorang ejen tempatan, Sinama berminat beraksi di Liga Malaysia setelah kontrak beliau bersama Chainat Hornbill tamat pada penghujung musim ini. Kami berpendapat dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sinama, beliau mampu untuk meningkatkan mutu di jentera serangan pasukan Liga Malaysia.

    Apa pendapat anda mengenai hasrat Florent Sinama-Pongolle yang berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia ? Pasukan manakah yang sesuai dengan gaya permainan penyerang yang pernah menjuarai UEFA Super Cup edisi 2005 bersama Liverpool ini ?

    Baca Juga: Dari Piala Asia Ke Saingan Liga Malaysia ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.