• Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Timbalan pengerusi, Mohd Firdaus Mohamed pasukan Liga Malaysia perlu menggunakan khidmat fisioterapi terbaik bagi mengelakkan kecederaan pemain mengambil masa yang lama daripada tempoh sepatutnya.

    Menurut laporan Berita Harian, Firdaus berkata ada pemain yang mengambil masa agak lama untuk pulih sedangkan pasukan tetap menanggung gaji bulanan seperti terkandung dalam kontrak dan ini berlaku kerana tidak menggunakan pakar terbaik.

    “Saya melihat tahap kesedaran mengenai kecederaan dan pemulihan pemain masih rendah. Ada pemain yang cedera terpaksa berehat sampai lima enam bulan tetapi masih perlu dibayar gaji oleh pasukan sedangkan kalau ikut teknik fisioterapi yang betul, mereka boleh pulih lebih cepat daripada tempoh itu,” katanya.

    Untuk menangani masalah yang dihadapi dan memberi kesedaran kepada pasukan Liga Malaysia, Firdaus yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) dan ahli Exco FAM mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap kesedaran menerusi penganjuran seminar mengenai fisioterapi.

    Bengkel anjuran PBMM yang dikendalikan oleh Pengarah Fisioterapi Unit Prestasi Tinggi Jawatankuasa Olimpik Finland, Peter Helen dengan kerjasama DBC Physioteraphy itu berlangsung di ibu negara dan disertai hampir 30 peserta yang kebanyakannya pegawai pasukan dalam Kejohanan Piala Emas Raja-raja Ke-78.

    “Bagi saya ini mungkin satu permulaan untuk kita berikan kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan fisioterapi termasuk juga pemain kerana ada pemain yang mengambil mudah proses pemulihan.

    “Tidak rugi untuk mana-mana pasukan mengambil khidmat fisioterapi yang bagus kerana ini boleh mengelak mereka daripada menanggung pemain yang mengambil masa lama untuk pulih dan kerap mengalami kecederaan,” kata beliau.

    Kami berpendapat semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia perlu mengambil serius mengenai perkara yang dinayatakan oleh Mohd Firdaus bagi memastikan pemain yang mengalami kecederaan pulih dalam satu jangka masa yang telah ditetapkan.

    Sebagai tambahan, para pemain juga boleh mendapatkan tips dan juga langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kecederaan ketika beraksi di atas padang.

    Baca Juga: Harimau Muda Berdepan Tugas Berat

    Leave a comment

    Your email address will not be published.