• Kecoh satu Malaysia apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mahu membawa masuk legenda Brazil, Ronaldinho bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi cabaran di peringkat kelayakkan Asia Champions League musim hadapan. Yang menjadi persoalan, nak ke Ronaldinho beraksi bersama Perak ?

    Pada April lalu, Ronaldinho meluahkan hasrat untuk beraksi di Malaysia tanpa sebarang bayaran kerana keghairahan peminat bola sepak di sini serta layanan baik yang diterimanya ketika dua kali berkunjung ke Kuala Lumpur. Namun beliau tidak menyatakan pasukan mana yang beliau mahu beraksi bersama.

    Ramai pihak yang memberikan reaksi mengenai perkara ini termasuk Pengerusi Malaysia Football League (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. TMJ menyatakan Perak perlu realistik jika mereka mahu membawa masuk pemain bintang seperti Ronaldinho. Baginda berkata dimikian berdasarkan pengalaman JDT sebelum ini yang membawa masuk Pablo Aimar.

    TMJ berpendapat Perak perlu realistik dan mengkaji pelbagai aspek seperti kehidupan sosial Ronaldinho. Pemain bukan saja datang untuk bermain bola sepak akan tetapi mereka mahu melihat sama ada mereka mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

    Kita sedia maklum pemain dari Brazil ini terkenal dengan gaya hidup yang suka berparti dan pemilik Johor Darul Ta’zim ini mempersoalkan sama ada Ronaldinho mampu untuk hidup di Ipoh yang penuh dengan pusat karaoke sahaja.

    Beliau tidak menghalang PAFA untuk membawa masuk Ronaldinho tetapi mereka perlu membuat kajian terlebih dahulu.

    Selain itu, segelintir peminat berpendapat usaha Perak untuk mendapatkan bekas pemain AC Milan ini dianggap satu gurauan dan ianya satu perbuatan yang sia-sia. Ronaldinho kini berusia 38 tahun dan beliau telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada awal tahun ini. Jadi, kecergasan beliau sudah pasti berada pada tahap yang tidak memuaskan.

    Apa yang pasti, PAFA perlu mengkaji segala aspek terlebih dahulu kerana pemain yang mahu dibawa masuk bukanlah calang-calang pemain. Beliau adalah legenda bola sepak dunia dan sudah tentu banyak perkara yang dimahukan oleh beliau jika beraksi bersama Perak.

    Baca Juga: Kami Serius Mahu Bawa Masuk Ronaldinho – PAFA

    Leave a comment

    Your email address will not be published.