• Prestasi pasukan Kedah dilihat semakin merudum apabila baru-baru ini mereka gagal untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2018 ketika menentang pasukan Kelantan dimana perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri.

    Kedah gagal untuk mencatat sebarang kemenangan pada lima perlawanan terakhir saingan Liga Super sebelum ini. Menurut ketua jurulatih pasukan, Nidzam Adha Yusoff, ketiadaan tonggak utama akibat daripada kecederana telah menyumbang kepada prestasi pasukan yang semakin merudum.

    Sebelum perlawanan peringkat kumpulan C dimulakan, Kedah yang juga naib juara musim lalu merupakan pasukan pilihan untuk melangkah ke peringkat seterusnya disamping juara bertahan, Johor Darul Ta’zim.

    Anak-anak buah Nidzam Adha dijangka tidak akan berdepan masalah apabila melayani kunjungan Kelantan di Stadium Darul Aman semalam. Namun, perkara sebaliknya berlaku. Kedah bergelut untuk menewaskan Kelantan walaupun mereka menguasai perlawanan dan mempunyai deretan peluang keemasan.

    Sumber Video: Rise of the panthers

    Yang paling disayangkan ialah kegagalan Paulo Rangel untuk menolak masuk bola dimana ketika itu penjaga gol Kelantan sudahpun tertewas. Untuk seorang penyerang yang mempunyai kredibiliti yang tinggi, Rangel sepatutnya tiada masalah untuk menolak masuk bola tersebut. Peminat melabel kegagalan Rangel untuk menjaringkan gol itu sebagai “miss of the season”.

    Kini, peminat setia pasukan Kedah berharap dengan kepulangan pemain tengah imprort, Liridon Krasniqi dalam kesebelasan utama boleh membantu pasukan untuk bangkit pada perlawanan seterusnya dimana mereka akan menentang Johor Darul Ta’zim di Larkin.

    Penting untuk Kedah mengutip keputusan positif di Larkin nanti bagi mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh pasukan. Jika Kedah gagal untuk berbuat demikian, maka peluang mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya boleh terjejas.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi pasukan Kedah yang dilihat semakin merudum sejak kebelakangan ini ? Apakah faktor utama yang menyumbang kepada perkara ini ? Adakah isu kecederaan yang melanda pemain tonggak ? Atau ada perkara lain yang mengganggu fokus serta perhatian para pemain sehinggakan mereka gagal untuk menampilkan aksi terbaik ?

    Baca Juga: Kepulangan Mat Don Bakal Kuatkan Helang Merah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.