• Hari ini, pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan sukan bola sepak Sukan Asia 2018 dengan menentang pasukan Kyrgyztan. Perlawanan dijadualkan bermula pada jam 4 petang waktu Malaysia dan di sini kami bawakan kepada anda kesebelasan utama yang berkemungkinan besar menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee.

    1. Haziq Nadzli

    Sumber Gambar: FAM

    Haziq sememangnya menjadi pilihan utama Datuk Ong bagi mengawal pintu gol skuad bawah 23 tahun negara dalam dua tahun kebelakangan ini. Meskipun tidak diturunkan ketika menentang UAE, kami berpendapat beliau akan mengawal pintu gol negara pada perlawanan petang ini.

    2. Dominic Tan

    Sumber Gambar: Goal.com

    Dominic beraksi dengan baik di posisi pertahanan kanan dalam sistem back three pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir.

    3. Irfan Zakaria

    Sumber Gambar: Goal.com

    Kualiti hantaran serta game reader beliau yang baik akan menjadi aset penting pasukan negara dan sudah pasti beliau akan diturunkan pada petang ini.

    4. Adam Nor Azlin

    Sumber Gambar: Goal.com

    Sama seperti Irfan, kualiti yang dimiliki oleh Adam bakal memainkan peranan penting dalam kempen pasukan negara dalam temasya kali ini. Dan beliau sudah pasti bakal diturunkan pada petang ini.

    5. Rizal Ghazali

    Sumber Gambar: FAM

    Ketiadaan Matthew Davies menjadikan Rizal pilihan utama untuk mengisi posisi right wing back pasukan bawah 23 tahun negara.

    6. Nik Akif Syahiran

    Sumber Gambar: FAM

    Nik Akif telah mencipta satu gandingan yang baik dengan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah pasukan negara. Untuk itu, beliau dilihat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama petang ini.

    7. Baddrol Bakhtiar

    Sumber Gambar: Goal.com

    Pengalaman serta kualiti hantaran bola yang dimiliki oleh Baddrol sedikit-sebanyak bakal membantu perjalanan pasukan negara dalam temasya kali ini. Ganingan mantap bersama Nik Akif di bahagian tengah sudah pasti mahu dikekalkan oleh Datuk Ong.

    8. Syazwan Andik

    Sumber Gambar: FAM

    Syazwan beraksi dengan baik di posisi left wing back pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir. Kami berpendapat beliau akan mengekalkan tempat dalam kesebelasn utama.

    9. Safawi Rasid

    Sumber Gambar: FAM

    Safawi bakal menjadi sandaran utama pasukan untuk mencari jaringan dan beliau dilihat bakal diturunkan dalam setiap perlawanan pasukan Malaysia. Larian serta gelecekkan beliau menjadi aset penting pasukan negara.

    10. Syafiq Ahmad

    Sumber Gambar: FAM

    Syafiq beraksi dengan baik di bahagian serangan pasukan negara dalam dua perlawanan terakhir pasukan negara.

    11. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: FAM

    Sama seperti Safawi, Akhyar bakal menjadi taruhan Datuk Ong Kim Swee untuk menembusi barisan pertahanan lawan dan kemudiannya mencari jaringan buat pasukan negara.

    Itulah dia kesebelasan utama yang berkemungkinan besar menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee pada petang ini. Penting untuk Malaysia mengutip kemenangan bagi menaikkan lagi tahap keyakinan pemain menuju perlawanan menentang Korea pada 17 Ogos nanti.

    Baca Juga: Irfan Zakaria Dan R.Kogileswaran Pilihan Alternatif

    Leave a comment

    Your email address will not be published.