• Menurut ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad negara kekal pada kedudukan ke-171 dunia. Dengan jumlah mata 971 mata secara keseluruhan membolehkan skuad Harimau Malaya mengekalkan kedudukan di tempat yang sama sejak Mei 2018.

    Untuk rekod bagi perlawanan rasmi yang diperakui oleh FIFA, skuad negara hanya bermain sebanyak 4 kali sahaja dengan rekod 2 menang. 1 kalah dan 1 seri sejak Januari 2018. Kiraan mata tersebut tidak mengambil kira perlawanan persahabatan yang diadakan oleh skuad bawah-23 negara baru-baru ini.

    Menerusi ranking dalam laman web yang dikeluarkan oleh FIFA pada 16 Ogos lepas, menunjukkan pasukan Vietnam masih mendahului negara lain untuk dominasi bola sepak Asia Tenggara yang berada di kedudukan 102 perbezaan 13 anak tangga berbanding Filipina yang menduduki tempat ke-115 dan Thailand di kedudukan ke-122 dunia. Diikuti oleh Myanmar (138), Indonesia (164), Kemboja (166), Singapura (169), Malaysia (171), Laos (178), Timor Leste (190) dan Brunei menduduki tempat ke-195 daripada 201 negara.

    Kedudukan terbaik dunia pula telahpun berubah iaitu dengan Juara Dunia 2018, Perancis yang mengumpul 1,726 mata yang diekori rapat oleh Belgium yang menduduki tangga kedua dengan 1,723 mata dengan perbezaan 3 mata sahaja dan kedudukan ketiga pula dikuasai oleh Brazil dengan 1,657 mata keseluruhan. Manakala bekas juara dunia 2014, Jerman pula jatuh teruk dari kedudukan nombor 1 ke kedudukan ke-15 dunia.

    Rata-rata peminat bola sepak negara melaungkan keyakinan bahawa ranking pasukan negara boleh diperbaiki apabila pemain daripada skud bawah 23 tahun dan 19 tahun mula mewakili pasukan senior Malaysia.

    Ini kerana rata-rata pemain dari pasukan bawah 19 dan 23 tahun negara menampilkan aksi yang cemerlang dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini. Jadi, harapan peminat untuk melihat Malaysia memperbaiki kedudukan berpaksikan kepada mereka.

    Apa pendapat anda mengenai kedudukan Malaysia dalam ranking semasa yang dikeluarkan oleh FIFA ? Mampukah pasukan negara memperbaiki kedudukan sekaligus berada di kalangan pasukan terbaik di rantau Asia ?

    Nota: Artikel ini ditulis oleh Saudara Emeir Hayqal. Jika anda mempunyai artikel dan ingin dikongsikan, hubungi kami menerusi laman media sosial Inikan Bola.

    Baca Juga: Kecemerlangan “SAS” Sekali Lagi Ditagih Pasukan Negara

    Leave a comment

    Your email address will not be published.