• Kemenangan ke atas pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bawah 23 tahun pada Jumaat lalu merupakan satu moral booster bagi para pemain sebelum terbang ke Indonesia. Di sini, dua pemain yang dilihat bakal menjadi harapan utama negara untuk mencipta sesuatu di temasya terbesar di rantau Asia ini ialah Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.

    Akhyar dan Safawi menjadi watak utama ketika perlawanan menentang UAE Jumaat lalu. Larian pantas serta gelecekkan mereka seringkali menghadirkan ancaman kepada benteng pertahanan lawan. Dua gol yang dihasilkan dalam perlawanan tersebut berpunca daripada larian kedua-dua pemain yang mengelirukan.

    Dengan bantuan Syafiq Ahmad di bahagian serangan, tidak mustahil Akhyar dan Safawi mampu untuk mencipta kejutan sekaligus membantu Malaysia mara ke peringkat seterusnya.

    Safawi dan Akhyar sebelum ini menyinar ketika beraksi di pentas yang lebih besar iaitu temasya AFC Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini. Jadi, kami berpendapat pengalaman yang mereka ada sedikit-sebanyak bakal membantu pasukan negara pada temasya Sukan Asia 2018 nanti.


    Sumber Gambar: FAM

    Selaib itu, kecemerlangan Safawi dan Akhyar menjadi nafas kelegaan di kalangan peminat kerana bahagian yang sebelum ini selalu menjadi masalah utama pasukan kebangsaan yang gagal untuk diselesaikan kini seolah-olah sudah menjumpai jalan penyelesaian dengan adanya Safawi dan Akhyar.

    Kali terakhir kita melihat pasukan negara mempunyai gandingan yang berbisa di bahagian serangan ialah oada tahun 2010 hingga 2012 menerusi gandingan emas Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Jika Safawi dan Akhyar berjaya mengekalkan momentum semasa mereka, segalanya boleh dicapai dan tidak mustahil kedua-dua pemain mengatasi gandingan Safee dan Norshahrul.

    Pasukan bawah 23 tahun negara akan membuka tirai Sukan Asia 2018 dengan menentang pasukan Kyrgyzstan pada 15 Ogos ini. Safawi dan Akhyar sudah pasti bakal diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus menjadi harapan utama pasukan negara untuk mencari jaringan sekaligus tiga mata pertama dalam saingan kumpulan E.

    Penting untuk pasukan negara mengutip keputusan positif pada perlawanan pertama kerana pasukan juara bertahan, Korea Selatan menanti pada perlawanan kedua.

    Apa pendapat anda mengenai peranan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid bersama pasukan bawah 23 tahun negara oada temasya Sukan Asia 2018 nanti? Mampukah mereka beraksi dengan cemerlang di bahagian serangan sekaligus membawa Malaysia ke peringkat seterusnya?

    Baca Juga: FAM Akan Ambil Tindakan Ke Atas UAE

    Leave a comment

    Your email address will not be published.