• Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Safawi Rasid setanding dengan legenda Selangor, Amri Yahyah.

    Datuk Hamidin kagum dengan keberanian serta kerja keras yang ditunjukkan Pawi dan beliau percaya kini pemain Johor Darul Ta’zim tersebut kini mula mencipta nama di pentas Asia.

    Saya tengok pemain ini jelmaan Amri Yahyah yang saya pernah tengok dulu,” kata Datuk Hamidin ketika ditemui oleh Berita Harian pada Forum Penyokong Bersama Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

    “Pemain seperti Safawi dan Amri ketika berumur 19 dan 20, bila masuk ke padang akan beri sepenuhnya sama ada di dalam padang mahupun luar padang.

    “Istimewanya dia, bila dia bercakap akan cuba menjaringkan gol, dia pasti akan dapat melakukannya. Saya ingat lagi ketika dia bermain dengan pasukan kebangsaan bertemu Korea Utara pada pusingan kelayakan Piala Asia di Thailand, tahun lalu.

    “Dia cakap pada saya yang dia akan jaringkan gol, dan dia memang betul-betul lakukannya. Malah, pemain-pemain lain juga ada sikap sama seperti Akhyar Rashid dan Adam Nor Azlin yang berani tak kira lawan Jepun atau Brazil mereka tetap nak lawan dan beri sepenuh jiwa.”

    “Mereka inilah aset masa depan bola sepak Malaysia dan sebahagian daripada skuad ini juga sudah berada dalam pasukan senior. Saya percaya jika dikekalkan, mereka mampu pergi lebih jauh lagi selepas ini,” tambah beliau.

    Apa yang pasti, peminat mahukan Pawi untuk mengekalkan rentak cemerlang beliau sekaligus membantu pasukan negara memberikan cabaran pada peringkat 16 pasukan terakhir nanti yang sudah pasti lebih sukar berbanding perlawanan peringkat kumpulan.

    Pasukan bawah 23 tahun negara berpeluang untuk muncul sebagai juara kumpulan E jika mereka berjaya menundukkan pasukan Bahrain pada perlawanan esok. Melihat kepada prestasi semasa pasukam bimbingan Datuk Ong Kim Swee, tiada apa yang mustahil bagi Malaysia meneruskan rentak cemerlang sekaligus mengutip kemenangan ketiga pada temasya Sukan Asia 2018

    Baca Juga: Barisan Pertahanan Negara Wajar Diberikan Pujian

    Leave a comment

    Your email address will not be published.