• Ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana pasukan dan mahu memberikan fokus sepenuhnya untuk membawa Perak ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

    Menurut laporan Sukan Sinar, beliau mahu mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) iaitu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini.

    “Sememangnya saya tidak akan ke mana-mana (berhijrah) dan fokus saya adalah untuk membawa Perak ke perlawanan akhir sepertimana sasaran pasukan sebelum ini,” katanya pada sidang media ketika Perak tewas kepada Terengganu FC pada Sabtu lalu.

    Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan ada empat jurulatih yang telah dimasukkan dalam senarai calon ketua jurulatih pasukan Selangor.

    Nama Mehmet menjadi sebutan di kalangan peminat pasukan Selangor kerana sebelum ini, bekas pemain Selangor di era 90an itu pernah membimbing Selangor memenangi Piala Malaysia edisi 2015 sekaligus melengkapkan misi 33 pasukan.

    Meskipun membantu Selangor memenangi Piala Malaysia, akan tetapi Mehmet mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan dan menyertai Perak kerana jawatan ketua jurulatih diberikan kepada Zainal Abidin Hassan manakala beliau diberikan jawatan lain.

    Bersama pasukan Perak musim ini, Mehmet berjaya membimbing The Boss Gaurus menamatkan siangan Liga Super di tangga kedua. Namun, peminat setia Perak beranggapan pencapaian tersebut masih tidak cukup bagus kerana Perak mempunyai peluang untuk mengejar Johor Darul Ta’zim. Akan tetapi, mereka melepaskan peluang tersebut.

    Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan Mehmet Durakovic, nampaknya beliau akan kekal sebagai ketua jurulatih Perak dan Nazliazmi Nasir akan terus mengemudi pasukan Selangor. Kami menjangkakan perubahan ketua jurulatih kedua-dua pasukan akan berlaku pada musim hadapan.

    Mehmet akan kembali ke Selangor manakala seorang jurulatih baharu akan mengendalikan pasukan Perak.

    Apa pendapat anda mengenai kenyataan Mehmet Durakovic dimana beliau akan kekal bersama Perak bagi saingan Piala Malaysia edisi kali ini ? Mampukah Mehmet membimbing Perak melangkah ke perlawanan akhir ?

    Baca Juga: 4 Jurulatih Yang Boleh Dipertimbangkan FAS

    Leave a comment

    Your email address will not be published.