• Melaka United Soccer Association (MUSA) menerusi presiden mereka,Adly Zahari berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Melaka United dalam tempoh masa sebulan. Sebelum ini, pemain Melaka United dikhabarkan sudah dua bulan tidak menerima gaji.

    Menurut laporan Berita Harian, Adly menjelaskan puca utama kelewatan MUSA untuk membayar gaji pemain ialah kerana masalah tajaan termasuk daripada agensi dan syarikat swasta dengan perbincangan dengan pihak terbabit sedang dilakukan.

    “Saya yakin dalam tempoh sebulan tunggakan itu bakal diselesaikan. Buat masa ini, perbincangan pihak pengurusan dengan pemain dan jurulatih sudah diadakan dan mereka sedia maklum mengenainya.

    “Kita harap dalam tempoh berkenaan, sumbangan penaja bakal diterima dan kita juga yakin isu ini tidak mengganggu prestasi pemain,” kata pada sidang media selepas merasmikan Kongres Ke-63 MUSA semalam.

    Pemain Melaka belum lagi menerima gaji bagi bulan Jun dan juga Julai. Fokus pemain dilihat sedikit tergangggu dimana pada dua perlawanan Piala Malaysia setakat ini, Melaka hanya mampu mencatat keputusan seri. Yang paling terbaru, mereka diikat PKNS FC setelah berjaya mendahului 3 gol.

    Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan pihaknya kini sedang dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan gaji berkenaan secepat yang mungkin.

    Perbincangan juga sudah dilakukan bersama pasukan termasuk barisan jurulatih dan pemain dalam memastikan isu berkenaan tidak mengganggu persembahan skuad Hang Tuah.

    “Sebenarnya perkara ini sudah dua, tiga bulan berlaku dan nampaknya ia tidak beri kesan kepada persembahan pasukan kerana pemain juga memahami masalah yang dihadapi persatuan.

    “Jadi, saya harap pemain meneruskan persembahan cemerlang. Bagi pihak pengurusan, kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

    Apa yang pasti, MUSA perlu menyelesaikan isu tunggakan gaji para pemain agar mereka boleh memberikan sepenuh fokus ketika beraksi di atas padang. Penting untuk Melaka United meraih kemenangan pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2018 jika mereka mahu mempuyai peluang untuk mara ke peringkat suku akhir.

    Baca Juga: Trio Pertahanan Wajar Dikekalkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.