• Selangor dikhabarkan berminat untuk membawa masuk bekas pemain pertahanan Manchester United bagi saingan musim hadapan. Namun, masih lagi belum jelas sama ada bekas pemain Red Devils ini akan hadir sebagai pemain atau ketua jurulatih.

    Seorang pengguna Twitter, @aeroberg menyatakan juara 33 kali Piala Malaysia ini berminat untuk membawa masuk bekas pemain Red Devils bagi memperkuatkan pasukan.

    Status mengenai bekas pemain Manchester United tersebut sama ada beliau akan datang sebagai pemain import ataupun sebagai ketua jurulatih masih lagi belum jelas. Namun, perkhabaran ini sememangnya bakal memberikan reaksi yang positif bagi peminat Selangor.

    Peminat setia pasukan Selangor mahukan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dibawah pimpinan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk melakukan perubahan di bahagian kejurulatihan kerana mereka menganggap ketua jurulatih sedia ada, Nazliazmi Nasir tidak cukup bagus untuk mengendalikan pasukan.

    Sebelumnya, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan ada empat jurulatih yang berada dalam senarai FAS untuk dijadikan ketua jurulatih pasukan yang baru. Akan tetapi, beliau tidak mendedahkan nama empat jurulatih yang dimaksudkan.

    Jika bekas pemain Manchester United yang akan dibawa masuk mengisi kuota pemain import pasukan, nama Nemanja Vidic dan John O’Shea dilihat sesuai kerana pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain mampu untuk memantapkan barisan pertahanan Selangor.

    Apa yang pasti, peminat perlu menunggu pengesahan dari FAS sama ada perkara ini sahih atau hanya khabar angin belaka. Yang pasti, Selangor perlukan perubahan kerana prestasi pasukan ketika ini berada pada tahap yang tidak memuaskan.

    Apa pendapat anda mengenai khabar angin yang menyatakan Selangor bakal membawa masuk bekas pemain pertahanan Red Devils bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan ? Pemain manakah yang sesuai dan mampu untuk menjulang pasukan Selangor ?

    Baca Juga: Saya Tidak Akan Kemana-Mana – Mehmet Durakovic

    Leave a comment

    Your email address will not be published.