• Ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara, Baddrol Bakhtiar percaya Datuk Ong Kim Swee mempunyai sentuhan magis bagi memastikan Malaysia menewaskan pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir Jumaat ini.

    Baddrol berkata kepada Utusan dimana beliau berharap rakan-rakan sepasukannya mengikuti segala arahan Kim Swee untuk mengulangi keajaiban ke atas Korea Selatan, namun perlu lebih berwaspada terhadap ancaman Jepun.

    “Bagi saya mereka tidak boleh dipandang rendah, mereka sudah lama dibentuk.

    “Kita akan mengintai dan mencari kelemahan mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Saya harap kami mampu melakar satu lagi keajaiban untuk menang,” kata beliau.

    Pemain tengah itu merupakan seorang daripada dua pemain lebih umur dalam skuad negara. Seorang lagi adalah pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali.

    Sentuhan magis Datuk Ong sememangnya diperlukan pada perlawanan menentang Jepun Jumaat ini bagi memastikan Malaysia melangkah ke peringkat suku akhir.

    Kami menjangkakan Datuk Ong akan kembali menurunkan kesebelasan utama terbaik beliau setelah merehatkan beberapa pemain utama ketika Malaysia tewas kepada Bahrain.

    Pada perlawanan menentang Bahrain, Datuk Ong menurunkan pemain yang sebelum ini memanaskan bangku simpanan ketika pasukan bawah 23 tahun negara menewaskan Kyrgyzstan dan juara bertahan, Korea Selatan.

    Apa yang pasti, para pemain perlu memberikan sepenuh fokus mereka pada perlawanan menentang Jepun kerana ini adalah peluang keemasan untuk mereka mencipta satu lagi sejarah setelah cemerlang pada temasya AFC Bawah 23 tahun di China awal tahun ini.

    Meskipun pasukan lawan hanya menghantar skuad bawah 21 tahun mereka, namun perkara tersebut tidak boleh diambil ringan kerana kita sedia maklum Jepun mempunyai sistem bola sepak yang jauh lebih baik berbanding Malaysia.

    Baca Juga: Ini Semu Hasil Kerja Keras Pemain

    Leave a comment

    Your email address will not be published.