• Pasukan bawah 16 tahun negara mahu mengikuti jejak langkah pasukan senior apabila anak-anak buah Lim Teong Kim akan menghadapi temasya AFC Bawah 16 Tahun di Kuala Lumpur yang akan bermula September ini.

    Pengurus pasukan, Datuk S Sivasundram berkata, kejayaan anak buah Datuk Ong Kim Swee mempamerkan aksi cemerlang ketika temasya Sukan Asia 2019 menunjukkan tiada apa yang mustahil meskipun menentang pasukan yang dibarisi oleh pemain bintang.

    “Ia memang itu yang saya sering katakan kepada -pemain supaya mencontohi sikap dan disiplin tinggi -abang mereka (skuad B-23) di Sukan Asia baru-baru ini.

    “Malah, kemenangan mereka juga mengingatkan saya kepada kejayaan skuad Olimpik 1980 yang berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 untuk pasukan B-16 tahun ambil semangat itu dan bawa ke kejohanan AFC nanti,” katanya kepada Sukan NSTP.

    Tambah Datuk S.Sivasundram, beliau percaya dengan kemampuan pasukan yang telah dibentuk sejak empat tahun yang lalu dan yakin Malaysia mampu untuk mara ke Piala Dunia Remaja buat pertama kali pada tahun hadapan.

    “Walaupun saingan AFF B-16 pada awal bulan ini kita menamatkan kedudukan di tangga ketiga, tapi perlu diketahui kita cuma hantar pasukan kedua dan bukannya skuad utama,” katanya.

    Dalam saingan AFC Bawah 16 nanti, pasukan negara berada di Kumpulan A bersama pasukan Jepun, Thailand dan Tajikistan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke suku akhir kejohanan.

    Untuk layak ke Piala Dunia Remaja tahun hadapan, pasukan negara perlu layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia hampir untuk mara ke temasya Piala Dunia Remaja pada 2015 namun dikecewakan oleh pasukan Australia pada perlawanan peringkat suku akhir AFC Bawah 16 Tahun edisi 2014.

    Apa yang pasti, besar harapan peminat pasukan negara untuk melihat pasukan bimbingan Lim Teing Kim untuk beraksi dengan baik pada temasya AFC B-16 Tahun kali ini berdasarkan pencapaian lampau yang telah diraih oleh mereka.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 16 tahun negara pada temasya AFC Bawah 16 Tahun edisi kali ini ? Mampukah mereka mengikuti jejak langkah pasukan senior yang beraksi dengan cemerlang di pentas antarabangsa ?

    Baca Juga: I’m Ok Man! Mohamadou Sumareh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.