• Pasukan bawah 23 tahun Bahrain berjaya mencatat kemenangan sulung dalam temasya Sukan Asia 2018 apabila menundukkan pasukan bawah 23 tahun negara dengan keputusan 3-2 sebentar tadi.

    Ketua jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee menurunkan barisan pemain yang sebelum ini hanya memanaskan bangku simpanan pada dua perlawanan sebelumnya. Trio “SAS” direhatkan dan digantikan dengan Faisal, Hadi dan Kogi.

    Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan langkah berhati-hati dimana tiada percubaan menarik yang dilancarkan. Keduanya mengambil langkah berhati-hati.

    Pada minit ke-20, Syahmi Safari membuka tirai jaringan menerusi satu volley menarik menewaskan penjaga gol lawan.

    Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki pasukan negara tidak bertahan lama apabila Mohamed Hardan berjaya menyamakan kedudukan apabila beliau bijak memanfaatkan kesilapan Adib Zainudin yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

    Memasuki minit ke-37, Bahrain di depan menerusi tandukan Hamad Alshamsan dimana beliau berjaya menanduk masuk bola hasil daripada sepakan penjuru. Separuh masa pertama dengan pasukan lawan berada di hadapan.

    Memasuki separuh masa kedua, tidak banyak perbezaan yang ditampilkan oleh pemain negara. Mereka dilihat gagal untuk mengambil kesempatan di atas lemahnya barisan pertahanan lawan.

    Pintu gol Malaysia bolos lagi apabila Hardan menjaringkan gol pada minit ke-89 sebelum Safawi Rasid merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti setelah Akhyar Rashid dijatuhkan.

    Perlawanan sebentar tadi merupakan satu pendedahan yanh baik bagi pemain simpanan pasukan negara. Datuk Ong nampaknya tidak mahu mengambil risiko dan mahukan pemain utama untuk mendapatkan rehat secukupnya menjelang perlawanan menentang Jepun pada Jumaat ini.

    Walaupun perlawanan ini tidak membawa sebarang makna, namun pemain yang diturunkan perlu memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi memastikan kesilapan yang sama tidak berlaku lagi pada perlawanan akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan bawah 23 tahun negara kepada pasukan Bahrain bawah 23 tahun pada perlawanan sebentar tadi? Mampukah anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee memperkemaskan lagi pasukan seterusnya menewaskan pasukan Jepun pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir?

    Baca Juga: Ribut Malaysia Akan Melanda Bahrain!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.