• Jentera tengah pasukan bawah 23 tahun negara pada temasya Sukan Asia 2018 diketuai oleh pemain berpengalaman iaitu Baddrol Bakhtiar. Pemain Kedah ini tampil dalam kesemua perlawanan yang membabtitkan Malaysia. Di sini, persoalan yang tercetus ialah siapa pasangan yang sesuai untuk digandingkan dengan Baddrol pada perawanan menentang Jepun esok ? Syahmi Safari atau Nik Akif Syahiram ?

    Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Kyrgyztan, Datuk Ong Kim Swee menggandingkan Baddrol dengan Nik Akif Syahiran. Gandingan ini menampilkan aksi yang baik ketika membantu jentera serangan namun gagal berbuat demikian ketika pasukan dalam mod bertahan.

    Selain itu, Nik Akif dilihat sedikit bergelut untuk menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan dan sedikit gugup sepanjang perlawanan.

    Pada perlawanan kedua menentang Korea Selatan, Datuk Ong menggandingkan Baddrol dengan pemain tengah Selangor, Syahmi Safari. Syahmi menampilkan aksi yang baik meskipun pasukan negara mengambil pendekatan untuk bertahan sepanjang perlawanan.

    Datuk Ong kemudiannya kembali menurunkan Baddrol dan Nik Akif pada perlawanan menentang Bahrain. Akan tetapi, kedua-dua pemain gagal untuk menampilkan aksi sepertimana ketika menewaskan Kyrgyztan pada perlawanan pertama.

    Gandingan Baddrol-Syahmi dilihat menjadi pilihan ramai pihak kerana gandingan ini berjaya menampilkan aksi yang bertenaga ketika Malaysia menewaskan Korea Selatan. Syahmi juga lebih tenang berbanding Nik Akif dan perkara ini harus diambil perhatian kerana menentang Jepun, para pemain perlu lebih tenang untuk menyerap segala asakan pihak lawan.

    Apa yang pasti, siapapun yang bakal diturunkan bersama Baddrol Bakhtiar di jentera tengah pasukan negara perlu menampilkan aksi yang cemerlang bagi memberikan perlindungan kepada barisan pertahanan dan membantu jentera serangan.

    Cabaran yang diberikan oleh pemain Jepun sudah pasti berbeza kerana mereka juga mahu mara ke peringkat suku akhir.

    Apa pendapat anda mengenai persembahan Syahmi Safari dan Nik Akif Syahiran sepanjang beraksi di jentera tengah pasukan bawah 23 tahun negara ? Pemain manakah yang lebih sesuai untuk digandingkan dengan Baddrol Bakhtiar pada perlawanan menentang Jepun Jumaat ini ?

    Baca Juga: Haziq Nadzli Atau Ifwat Akmal ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.