• Tiada istilah rehat buat pemain skuad bawah 23 tahun negara, Akhyar Rashid apabila beliau dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat pasukan senior bagi persediaan menentang Taiwan dan Kemboja. Di sini, kami berpendapat tahap kecergasan Akhyar boleh terjejas dan boleh menyumbang kepada kecederaan.

    Akhyar baru sahaja kembali daripada beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun negara di pentas Sukan Asia 2018. Sekembalinya Akhyar ke Malaysia, sudah pasti pasukan kelab beliau, Kedah mahu menggunakan khdimat pemain berusia 19 tahun ini bagi menyelamatkan nasib pasukan dalam saingan Piala Malaysia.

    Kedah dijadualkan menentang Johor Darul Ta’zim hari ini dan sudah pasti Akhyar diturunkan dalam kesebelasan utama kerana Kedah wajib mengutip kemenangan untuk memastikan peluang mara ke peringkat suku akhir tetap terbuka.

    Setelah membantu pasukan Kedah, Akhyar akan menjalani kem latihan pusat bersama pasukan negara yang akan bemula pada 3 September.

    Kami berpendapat jika Tan Cheng Hoe menurunkan Akhyar pada kedua-dua perlawanan menentang Taiwan dan Kemboja, kecederaan boleh melanda penyerang muda ini dan perkara tersebut sudah tentu mahu dielakkan kerana pasukan negara akan menghadapi dua kejohanan utama pada Oktober dan juga November.

    Pada Oktober, pasukan bawah 19 tahun negara akan beraksi di temasya AFC Bawah 19 Tahun di Indonesia manakala pada November pula, pasukan senior akan beraksi pada temasya Piala AFF Suzuki 2018.

    Amat penting untuk Akhyar menjaga tahap kecergasan beliau kerana penyerang Kedah ini merupakan harapan utama pasukan senior dan bawah 19 tahun negara di bahagian serangan. Kehadiran beliau dilihat mampu untuk memberikan ancaman kepada barisan pertahanan pihak lawan.

    Prestasi yang ditampilkan ketika AFC Bawah 23 tahun dan Sukan Asia 2018 menjadi bukti tentang betapa pentingnya kelibat Mat Yat di bahagian serangan pasukan negara.

    Apa pendapat anda mengenai tahap kecergasan Ahkyar Rashid memandangkan beliau baru sahaja pulang daripada beraksi bersama Malaysia di Sukan Asia 2018 ? Wajarkah Tan Cheng Hoe menurunkan beliau pada dua perlawanan persahabatan menentang Taiwan dan Kemboja ?

    Baca Juga: Khidmat Norshahrul Ditagih Tan Cheng Hoe

    Leave a comment

    Your email address will not be published.