• Tinggal dua hari sahaja lagi untuk pasukan bawah 23 tahun negara memulakan temasya Sukan Asia 2018 bagi acara bola sepak apabila dijadualkan menentang pasukan Kyrgyztan. Di sini, kami tertarik untuk mengupas tentang trio pertahanan pasukan negara yang diturunkan ketika perlawanan persahabatan menentang UAE pada Jumaat lalu.

    Trio pertahanan yang dimaksudkan iala Dominic Tan, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin. Ketiga-tiga pemain ini menunjukkan aksi yang bertenaga apabila mereka berjaya mematahkan segalan gerakan serangan yang dilancarkan oleh pemain UAE.

    Kemampuan Dominic dan Adam dengan melakukan terjahan yang kemas ke atas pemain lawan menjadikan benteng pertahanan negara sukar untuk dibolosi oleh barisan serangan pihak lawan. Manakala kualiti hantaran yang dimiliki oleh Irfan Zakaria sedikit sebanyak membantu jika bahagian tengah negara dikawal ketat oleh pemain lawan.

    Kami berpendapat ketua jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee wajar mengekalkan ketiga-tiga pemain ini di bahagian pertahanan dalam kesebelasan utama pasukan negara. Jika dilihat berdasarkan perlawanan pemanas badan terakhir, ketiga-tiga pemain menampilkan aksi yang baik.

    Bukan sahaja aksi yang baik, malah mereka menampilkan satu persefahaman yang cemerlang diantara mereka. Beraksi bersama-sama dalam tempoh dua tahun terakhir nyata memainkan peranan yang besar dalam membentuk satu gandingan yang mantap di bahagian pertahanan.

    Pentas Sukan Asia merupakan satu pentas yang sangat baik bagi para pemain terutamanya Dominic, Irfan dan Adam bagi mempersiapkan diri untuk menjadi tonggak utama di bahagian pertahanan pasukan senior kebangsaan.

    Ini kerana pemain senior yang sebelum ini mengisi posisi tersebut sudahpun melalui zaman kegemilangan mereka dan pasukan negara perlukan pemain baru yang boleh memikul tanggungjawab serta boleh beraksi dengan cemerlang.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi trio pertahanan pasukan bawah 23 tahun negara iaitu Dominic Tan, Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin ? Wajarkah mereka dikekalkan dalam kesebelasan utama bagi mengharungi cabaran pada temasya Sukan Asia 2018 yang akan membuka tirainya dalam dua hari lagi ?

    Baca Juga: Ketibaan Hadi Fayyadh Tambah Sengat Barisan Serangan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.