Baru-baru ini pemain tengah pasukan Kedah, Liridon Krasniqi memuat naik satu post di laman media sosial Intagram miliknya dan menggelarkan diri beliau sebagai legenda pasukan Kedah. Persoalannya di sini ialah, layakkah beliau digelar sebagai Legends pasukan Kedah ?
Dalam status tersebut, Liridon menjelaskan bahawa beliau sangat bersyukur di atas kejayaan yang diraih ketika beliau mula mewakili Kedah pada pertengahan musim 2015. Selain itu, Mat Don juga mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan.
Liridon juga menyatakan bahawa musim ini sedikit sukar bagi beliau untuk menampilkan aksi terbaik kerana dibelenggu dengan kecederaan. Tambah Liridon, kontrak beliau bersama Kedah akan tamat pada hujung tahun ini dan beliau tidak mahu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan yang telah menaikkan namanya ini.
Tindakan Liridon yang menggelarkan diri sebagai legenda pasukan ini nyata menerima tindak balas yang berbelah bagi daripada penyokong setia pasukan. Ada yang bersetuju dengan tindakan beliau dan tidak lupa juga ada yang kurang senang.
Panjang karangan Mat Don.
Bila kami panggey hang legend ni?
Perangai tu pebetui sikit. 2016, 2017 kita dipuncak. Tapi sayang perangai hang pun semakin lama memuncak pelik.
Hang tau kalau hang keluaq dari Kedah susah nak survive macam gaji di Kedah. Game pun makin merosot. pic.twitter.com/pJRTEenEfe
— Datu' Daud Ghani ? (@daudghani83) September 17, 2018
Legend dia kalau perangai elok sikit. Dah makin kepuk duit dalam poket perangai kot jadi serupa star. Permainan pun makin merosot.
Dia tau kalau dia keluar, dia tak mampu seindah ni dan ada ka team nak amek dia dgn bayaran macam Kedah bagi? Boleh ka dia survive? https://t.co/pXKtsN5eqK
— Datu' Daud Ghani ? (@daudghani83) September 18, 2018
"it's your legend – Matdon speaking"
hahahaa bukan besa² dia ni.. lain macam dia punya high ? https://t.co/RtmxDkf9t0
— – ?? (@aimanmae2tro_) September 18, 2018
Rata-rata peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan Mat Don ini kerana mereka berpendapat prestasi dan juga attitude pemain ini yang dilihat semakin merudum dan tidak layak digelar sebagai legenda pasukan.
Mereka berpendapat ada pemain yang jauh lebih layak untuk digelar sebagai legenda pasukan antaranya Marlon Alex James, Nelson Sam Martin, Victor Andrag dan Nam Kung-wong.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Layakkah Liridon Krasniqi digelar sebagai legenda pasukan berdasarkan pencapaian yang diraih oleh beliau ? Atau Liridon tidak sepatutnya menggelar diri dengan gelaran tersebut ?
Baca Juga: Malaysia ? Yes For Sure!