Sumber Gambar: The Star

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan Baddrol Bakhtiar merupakan pemain yang layak digelar sebagai legenda sebenar pasukan Kedah.

TMJ berkata demikian dalam satu status di media sosial Twitter milik baginda dimana bekas Presiden FAM ini seolah-olah menyelar tindakan pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi yang sebelum ini menggelarkan diri beliau sebagai legenda pasukan Kedah.

Dalam status tersebut, TMJ juga menyatakan bahawa baginda sebelum ini tidak pernah melihat mana-mana pemain bola sepak profesional menggelarkan diri beliau sebagai legenda pasukan.

Seorang Legenda sepatutnya menjadi inspirasi kepada semua, legenda sepatutnya memenangi trofi, legenda tidak menyalahkan orang lain di atas kesalahan yang dilakukan dan seorang legenda juga tidak bergaduh dengan rakan sepasukan.

Baginda mengakhiri status tersebut dengan mengatakan pada pandangan beliau, Baddrol Bakhtiar merupakan legenda sebenar pasukan Kedah.

Sebelum ini, Liridon mencetuskan kontroversi dimana beliau menggelarkan diri sebagai legenda pasukan Kedah. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menggelar bekas ketua jurulatih sebagai pengecut kerana meninggalkan pasukan ketika mereka tidak berada di kedudukan yang baik.

Kenyataan Liridon ini nyata mengundang pelbagai tindak balas daripada peminat bola sepak Malaysia terutamanya peminat pasukan Kedah. Ada yang berpendapat Liridon layak digelar sebagai legenda namun ada juga yang tidak bersetuju.

Walau apa pun, ada benarnya pendapat TMJ mengenai pemain mana yang wajar dilabel sebagai legenda Kedah dengan memilih Baddrol kerana pemain ini telah lama berkhidmat bersama skuad Hijau Kuning.

Apa pendapat anda mengenai pilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memilih Baddrol Bakhtiar sebagai legenda sebenar pasukan Kedah ? Adakah anda bersetuju dengan pilihan pemilik Johor Darul Ta’zim ini ?

Baca Juga: Layakkah Liridon Krasniqi Digelar Sebagai Legenda Kedah ?

Leave a Reply