Sumber Gambar: The Malaysian Insight

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan mengapa bajet yang diterima oleh NFDP yang sepatutnya RM 20 Juta setahun menjadi RM 3.5 Juta setahun.

Beliau berkata bajet yang diterima oleh Majlis Sukan Negara (MSN) daripada Kementrian Kewangan tidak menepati jumlah yang dipohon oleh MSN. Hal ini menyebabkan NFDP menerima kesan daripada Kekurangan dana yang diterima oleh MSN.

“Ini melibatkan bajet keseluruhan yang dimohon oleh MSN setiap tahun.

“Apabila berlaku kekurangan secara keseluruhan amaun yang diturunkan oleh Kementerian Kewangan maka semua program terbabit termasuk NFDP akan menerima impaknya. Berbeza dengan program-program lain dalam MSN, sekiranya terpaksa dikurangkan, kemungkinan masih boleh diteruskan oleh persatuan sukan masing-masing.

“Tetapi untuk NFDP yang dijalankan sepenuhnya oleh MSN, agak sukar untuk dikurangkan segala inisiatif kerana melibatkan banyak perkara yang berkait seperti kontrak jurulatih, pertandingan liga yang sedang berjalan dan sebagainya,” kata Khairy kepada Utusan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh KJ setelah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam mempersoalkan bajet yang diterima oleh NFDP yang tersasar jauh daripada jumlah yang dijanjikan setiap tahunnya.

Menurut Syed Saddiq lagi, program itu hanya diperuntukkan RM10 juta ketika tahun penubuhannya pada 2014 dan kian berkurangan kepada RM3.5 juta pada tahun-tahun berikutnya, dengan 80 peratus pembayaran gaji mulanya ditanggung oleh sebuah syarikat swasta.

Apa yang pasti, pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Syed Saddiq akan memberikan tumpuan kepada kewangan program tersebut agar tidak memakan belanja yang besar pada masa akan datang.

Syed Saddiq semalam turut mengesahkan bahawa khidmat Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal program NFDP akan diteruskan.

Apa pendapat anda mengenai penjelasan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai mengapa bajet yang diterima oleh NFDP tidak seperti yang diharapkan?

Adakah pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Syed Saddiq ke atas program NFDP ini? Adakah bajet yang bakal diberikan bakal mengalami pemotongan besar-besaran?

Baca Juga: Syed Saddiq Persoal Peruntukan NFDP

Leave a Reply